Skip to main content

About Us

Siapa di belakang Giftcrafted Doorgift ini? About Us

Nama saya Mira dan saya adalah peminat kepada interior design ataupun hiasan dalaman. Sekarang ini, saya adalah seorang pekerja dan hanya melakukan perkara-perkara berkaitan dengan blog ini secara separuh masa sahaja.Untuk itu, saya memilih untuk menulis perkara berkaitan dengan hiasan rumah dan berharap ianya dapat memberi manfaat kepada ramai orang berkenaan dengan perkongsian yang saya berikan berkenaan dengan hiasan rumah.

giftcrafted-doorgift about us

Kenapa saya menulis berkenaan dengan Hiasan Dalaman?

Ianya adalah minat saya sendiri berkenaan dengan hiasan dalaman. Walaupun saya bekerja sebagai quality engineer di salah sebuah kilang di Senawang, tetapi memang saya meminati bidang hiasan dalaman ini. Banyak perkara yang saya belajar dan insyaAllah akan cuba kongsikan untuk rakan-rakan sekalian berkenaan dengan hiasan dalaman.

Selain daripada perkara yang berkaitan dengan hiasan dalaman, banyak lagi yang akan saya cuba berikan input terutama dalam barangan yang berkaitan dengan barangan rumah. Sebagai ibu dan juga isteri, saya cuba yang terbaik untuk memberikan review berkenaan dengan barangan terbaik yang saya pernah gunakan termasuklah barangan elektrik. Juga, beberapa review berkenaan dengan mesin jahit dan lain-lain lagi.

Barangan perabut yang baik juga akan saya berikan review. Banyak lagi sebenarnya yang anda boleh manfaatkan dan harap blog ini sentiasa memberikan manfaat kepada anda untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan hiasan dalaman di rumah.

giftcrafted-doorgift about us 2

Terlalu Banyak Barangan dan Informasi di Internet

Memang saya membuat website ini kerana sudah agak terlalu banyak barangan di internet dan tidak tahu yang mana yang terbaik untuk hiasan dalaman. Kalau anda memang mencari yang terbaik untuk keperluan rumah anda, percayalah yang saya pun berada di tempat yang sama seperti anda. Jadi, saya mencipta laman web ini untuk memberikan yang terbaik sebagai satu informasi kepada anda.

Kami sudah memberikan shortcut kepada anda untuk cuba dapatkan yang terbaik. Dengan memberikan review yang terbaik untuk anda. Kami terus pergi ke sumber, mencuba yang pelbagai barangan yang kami review dan harap anda mendapat informasi berguna daripada laman ini.