Skip to main content

5 Barang Hantaran Untuk Lelaki Paling Kreatif – Mesti Suka

Apa barang hantaran untuk lelaki yang sesuai? Ianya bergantung kepada minat bakal pasangan anda tersebut. Juga beberapa faktor lain bagi anda yang ingin memberikan yang terbaik kepada bakal pasangan hidup anda. Sekarang ini ada bermacam jenis barang hantara yang anda boleh berikan kepada pasangan anda, ianya bergantung kepada bajet dan kreativiti anda sendiri.

Kali ini, kami akan memberikan beberapa tips dan idea kepada anda untuk barangan hantaran lelaki. Anggaplah ianya merupakan pemberian kepada bakal suami anda dan tentunya anda mahukan yang terbaik kan? Untuk itu, ini adalah antara beberapa idea menarik dari kami yang mungkin anda boleh berikan kepada pasangan anda. Boleh lihat sendiri apa yang ada untuk anda berikan.

Pilihan Berbaloi dan Terbaik Untuk Lelaki

Barangan hantara bergantung kepada bajet anda. Perkara ini pun boleh dibincangkan dengan bakal pasangan sama ada berapa dulang yang nak diberikan dan sebagainya. Biasanya dalam bentuk ganjil, 5 dibalas 7 ataupun 9 dibalas 11, bergantung kepada pilihan. Ianya tidak wajib tetapi hanyalah adat sahaja.

Bergantung juga sama ada barangan hantaran ini adalah untuk pertunangan ataupun untuk perkahwinan. Kalau untuk pertunangan tidak memerlukan bajet yang besar pun, dan lebih berbaloi kalau berikan hadiah yang lebih besar atau lebih bernilai semasa perkahwinan nanti. Apapun, terpulang kepada anda nak dapatkan yang mana satu.

Apapun, terus pergi kepada idea terkini barangan hantaran untuk lelaki.

#1 Al Quran dan Sejadah

Tiada masalah untuk anda berikan al Quran dan sejadah sebagai satu barang hantaran. Ianya tidak terlalu mahal tetapi acceaptable. Kalau nak berikan Quran tu, kami rekemen yang ada terjemahan. Mana tahu bakal tunang anda nak baca dan nak tahu maksud sekali kan. Jadi ini adalah antara pilihan yang baik dan harga pun tidaklah terlalu mahal. Boleh tengok pilihan yang ada di SINI.

#2 Smartphone

Lelaki memang minat gadjet. Tidak semua lelaki tetapi majoriti memang begitu. Tiada masalah untuk berikan gadjet kepada pasangan anda. Belilah yang berbaloi dan tahan lama. Ada banyak pilihan sekarang ini bergantung kepada bajet anda dari yang murah kepada yang mahal. Kami rekemen jenama Asus Zenfone 4 ini, speasifikasi power, harga pun bolehlah tahan, kalau tak mahu yang ini pun tiada masalah kerana ada banyak lagi pilihan lain yang ada di pasaran.

#3 Minyak Wangi

Minyak wangi pun anda boleh berikan sebagai salah satu hadiah kepada pasangan anda. Tidak terlalu mahal, dalam RM50 dah boleh dapat pilihan yang berkualiti dan berbaloi untuk anda. Jenama yang kami cadangkan adalah CK DI SINI. Banyak lagi pilihan lain yang anda boleh fikirkan untuk anda berikan kepada pasangan anda. Pilihlah yang mana yang berbaloi untuk pasangan anda.

#4 Baju Formal dan Tak Formal

Baju pun adalah antara yang anda boleh berikan. Dahulu, isteri saya memberikan baju kemeja untuk saya gunakan dan tahan sehingga hari ini. Anda boleh berikan perkara yang sama kepada pasangan anda juga. Harga yang ada pun sangatlah berbaloi dan antara pilihan yang baik untuk digunakan jangka masa panjang. Baju T Shirt dan baju batik pun adalah antara idea yang kami sarankan. Bergantung kalau pasangan anda memang menggunakan baju batik untuk ke tempat kerja. Kalau nak pilihan kemeja yang berbaloi, boleh lihat di SINI.

#5 Cermin Mata Rayban

Pun antara idea yang diluar kotak. Ianya penting kalau pasangan anda kerap memandu kereta ke luar ataupun ketika balik kampung. Boleh pertimbangkan dan masukkan dalam list idea ini untuk hantara lelaki. Boleh tengok pilihan yang ada di SINI.

Banyak lagi sebenarnya idea lain untuk barangan hantara kepada pihak lelaki. Yang menarik adalah, hampir kesemuanya anda boleh dapatkan di Lazada ataupun kedai online pada harga yang murah. Jimat masa anda kerana anda hanya membuat pembelian dan barangan yang anda beli akan terus sampai ke rumah. Menarik kan.

Leave a Reply