Skip to main content

3 Cara Bunuh Tikus – Anda Tak Perlu Risau Lagi

Kali ini kami ingin berikan tips berkenaan dengan cara bunuh tikus. Ini kalau anda mempunyai masalah tikus yang serious dalam rumah dan tak tahu cara nak bunuh kesemua tikus-tikus ini. Kalau nak bunuh tikus ini, tentu sahaja selepas anda dapat tikus itu ataupun biarkan dia terperangkap dalam sangkat. Sebelum teruskan membaca artikel ini, elok dahulu anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan cara halau tikus di rumah di SINI.

Boleh baca artikel berkenaan kalau anda mempunyai masalah dengan tikus yang terlalu banyak. Tikus merupakan haiwan yang membawa banyak penyakit dan memang kalau anda nampak sudah ada 1 atau 2 tikus di rumah tu, cepat-cepat halau mereka. Kalau anda biarkan dan lambat ambil tindakana, memang bersarang tikuslah rumah anda nanti. Jadi, sebelum membiak, lebih baik anda hapuskan dan halau mereka dari rumah anda.

Tips Untuk Bunus Tikus di Rumah Anda

#1 Racun Tikus

Salah satu cara yang paling mudah untuk membunuh tikus adalah menggunakan racun tikus. Ianya memang mudah dan senang untuk anda dapatkan di pasaran ataupun di kedai hardware berhampiran dengan rumah anda. Beli dan taburkan di kawasan rumah ataupun tempat yang ada banyak tikus.

Sebelum gunakan cara ini, ada 2 perkara yang anda perlu ambil tahu kalau anda nak gunakan cara ini. Yang pertama adalah, kalau rumah anda mempunyai anak kecil, tidak digalakkan untuk anda gunakan cara ini. Takut nanti anak kecil anda itu yang termakan racun tikus, kan dah naya. Satu kerja nak kena bawa ke hospital yang berdekatan. Yang kedua adalah, tikus merupakan makhluk yang pintar dan cepat berfikir. Jika ada rakan mereka yang dah memakan racun ini dan mati, mereka tidak akan makan lagi racun ini, percayalah, saya pernah mengalami perkara ini dan mereka memang begitu. Kalau nak gunakan racun tikus ini, boleh dapatkan di SINI.

#2 Bela Binatang Peliharaan

Membela binatang peliharaan adalah salah satu cara yang paling ekeftif terutama kalau anda dah cuba bermacam-macam cara, bermacam perangkap tetapi tikus tetap datang dan tak pernah hilang. Memang anda tahu tikus merupakan makanan kucing dan tiada masalah kalau anda membela seokor kucing di dalam rumah untuk menghalau tikus. Kalau anda mempunyai masalah untuk membela seekor kucing, boleh jadikan ini sebagai langkah terakhir anda untuk membunuh tikus.

Kucing untuk didalam rumah, kalau anda mempunyai premis yang besar seperti pasar ataupun kedai makan, antara tips yang dikongsikan oleh Dr Hafidzi di SINI adalah menggunakan burung hantu untuk mengawal populasi tikus ini. Burung hantu merupakan haiwan pemburu dan sangat sesuai untuk mengurangkan populasi tikus di sesuatu kawasan. Boleh tengok artikel ini untuk mendapatkan info lanjut.

#3 Lemaskan Di Dalam Air

Teknik ini agak kejam dan jangan lakukan kalau anda tidak sanggup. Anda kata ada tikus yang terperangkap dalam sangkar seperti sangkar INI, tentu anda tak tahu apa yang patut anda lakukan selepas itu kan? Salah satu cara adalah dengan merendam tikus tersebut di dalam air sehingga mati lemas. Apabila anda sudah pasti yang tikus ini mati lemas, barulah buang atau tanam tikus ini.

Tetapi tips ini tidaklah dapat menghilangkan ataupun menurangkan populasi tikus, cuma bila anda sudah dapat menangkap tikus tetapi tak tahu nak buat apa, boleh gunakan cara ini.
Apapun, ini adalah tips penting yang anda boleh gunakan untuk bunuh makhluk yang membawa banyak penyakit ini. Gunakan tips ini dan lakukan sebaiknya.

Leave a Reply