4 Cara Melembutkan Daging

Memang ramai yang mencari cara melembutkan daging lembu ataupun kambing. Daging lembu ataupun kambing mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Sebenarnya, ada banyak cara untuk melembutkan daging agar proses memasak anda menjadi lebih cepat dan pantas.

Pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips ataupun 4 cara terbaik bagaimana untuk anda melembutkan daging agar sentiasa empuk dan cepat dimasak. Terpulang kepada anda untuk mengikut tips yang mana, asalkan daging yang anda masak ini cepat empuk dan enak dimakan.

Cara Melembutkan Daging

Cara Pertama : Rebus Sahaja Daging

Cara ini adalah cara yang biasa digunakan oleh ramai orang. Ianya tidak susah tetapi mengambil masa yang lama untuk diaplikasikan. Anda rebus daging yang anda masak untuk satu tempoh masa yang lama. Biasanya mengambil masa sehingga 1 jam untuk betul-betul empuk. Kalau nak lebih cepat masak, dinasihatkan untuk anda potot nipis-nipis agak luas permukaan daging yang terkena air panas itu lebih besar. Apabila luas permukaan yang terdedah lebih besar, lebih mudah untuk anda merebus daging yang dimasak. Ini adalah tips yang paling simple.

Cara Kedua : Gunakan Periuk Tekanan

Periuk tekanan ataupun pressure cooker adalah antara item yang memudahkan kehidupan anda. Ianya memang berguna terutama kalau anda nak cepat memasak. Dengan periuk tekanan ini, anda boleh merebus daging yang biasanya mengambil masa 1 jam, anda boleh rebus dalam masa hanya 10 minit sahaja. Tidak terhad kepada daging, masih banyak lagi fungsi lain yang anda boleh gunakan untuk periuk tekanan.

Antara fungsi lain yang anda boleh gunakan untuk periuk tekanan adalah fungsi memasak nasi. Kalau memang anda nak cepat, proses memasak nasi hanyalah 10 minit menggunakan periuk tekanan ini. Semuanya jadi pantas dan ada yang menggelarkan periuk tekanan ini sebagai periuk magic.

Anda boleh menggunakan periuk tekanan elektrik ataupun periuk tekanan yang mana anda perlu rebus sendiri periuk tersebut. Kami lebih rekemen anda untuk dapatkan periuk tekanan elektrik yang ada kerana dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang penting. Lebih berbaloi untuk anda gunakan. Kalau mahukan info yang lebih lengkap lagi berkenaan dengan periuk tekanan ini, boleh ke SINI untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.

Cara Ketiga : Potong Daging Nipis-Nipis

Saya sendiri pernah gunakan teknik ini, anda masak daging nipis-nipis dengan luas permukaan yang kecil. Misalkata anda nak buat daging masak kicap, dengan potong daging nipis-nipis, anda tidak perlu untuk merebus daging yang anda masak tersebut, cukup hanya dengan masak seperti biasa. Ianya adalah teknik yang paling ringkas dan simple. Untuk teknik ini, memang anda kena banyak bersabar untuk memotong potongan daging yang anda mahukan.

Cara Keempat : Gunakan Daun Betik

Daun betik mengandungi enzim yang boleh digunakan untuk empukkan daging. Caranya adalah dengan membungkus daun betik yang mempunyai getahnya lagi dengan daging yang sudah direbus. Proses ini membolehkan anda untuk mendapatkan daging yang lebih empuk dan memudahkan anda untuk memakan daging tersebut. Mudah dan terbaik kan, ianya adalah antara teknik turun temurun terbaik yang ada.

Harap dengan anda aplikasi teknik ini, agar daging cepat empuk saat direbus. Banyak lagi tips lain yang anda boleh cuba, tetapi yang diatas ini adalah antara yang saya pernah lakukan sendiri. Kalau nak cepat, memang saya galakkan anda untuk dapatkan periuk tekanan dan sekarang ini memang banyak pilihan periuk tekanan yang ada di pasaran.

Leave a Reply