Cara Memasak Daging Simple dan Mudah

Memang ramai mencari cara memasak daging yang mudah dan sebenarnya, ada banyak cara yang anda boleh gunakan untuk memasak daging. Yang paling penting adalah untuk membuatkan daging yang anda masak itu lebih lembut dan empuk ketika di masak. Selepas itu, barulah anda boleh menggunakan pelbagai resepi seperti daging masak kicap dan juga daging kari dan pelbagai resepi masakan daging yang lain. Apabila daging yang anda masak sudah empuk, nak buat sup daging pun tiada masalah.

Jadi, pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips penitng kepada anda agar daging yang anda masak cepat lembut dan empuk. Juga beberapa cara memasak dan cara memotong daging yang simple dan mudah untuk anda cuba gunakan. Inilah yang penting sekali dalam memasak daging.

Cara Memasak Daging Mudah dan Terbaik

Ada beberapa cara untuk memasak daging yang mudah dan membuatkan daging yang anda masak itu cepat empuk. Cara yang bakal kami tunjukkan ini adalah cara yang kami telahpun gunakan dan antara cara terbaik yang ada sekarang ini.

Cara Pertama : Gunakan Periuk Tekanan

Periuk tekanan memang memudahkan banyak perkara terutama kalau anda nak merebus daging yang biasanya mengambil masa beberapa jam, dengan periuk tekanan, tempoh untuk mengempukkan daging hanyalah 10 minit. Ianya boleh dikatakan antara periuk magic yang ada sekarang ini yang memang memudahkan banyak perkara. Selain untuk merebus daging, ada banyak lagi kegunaan periuk tekanan ini yang memang memudahkan urusan suri rumah. Antaranya adalah, anda juga boleh menggunakan periuk tekanan ini untuk memasak nasi. Hanya dalam lebih kurang 10 minit, nasi anda boleh masak, memang antara yang terbaik dan memudahkan.

Ada banyak jenama periuk tekanan yang ada di pasaran sekarang ini. Untuk memudahkan anda, kami ada berikan beberapa review berkenaan dengan periuk tekanan ini di SINI. Ianya adalah beberapa periuk tekanan terbaik yang ada di pasaran sekarang ini. Anda boleh buat pilihan anda untuk mendapatkan periuk terbaik berdasarkan kepada bajet dan jenis yang anda mahukan.

Cara Kedua : Potong Nipis-nipis

Alternatif kepada periuk tekanan, cara ini pun memang tiada masalah, asalkan anda potong daging yang anda ingin masak itu nipis-nipis. Kalau anda memotong daging kecil-kecil, memang anda boleh masak seperti biasa. Bila anda memotong kecil-kecil, luas permukaan yang terdedah adalah lebih banyak dan dengan itu memudahkan daging tersebut untuk masak seperti biasa. Tak percaya anda boleh cuba sendiri bila anda potong nipis-nipis dan masak seperti biasa, apa yang akan jadi.

Cara Potong Daging

Potong daging juga memerlukan cara yang unik dan betul. Antara apa yang terpenting dalam memotong daging adalah menggunakan pisau yang betul. Ada beza antara pisau melapah dan pisau potong daging. Kalau anda kerap melakukan aktiviti memotong daging ataupun melapah, lebih elok kalau anda mempunyai pisau yang tersendiri bagi memudahkan aktiviti anda untuk memotong daging. Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pisau lapah di SINI dan pisau potong daging di SINI.

Apa yang paling penting adalah, apa yang anda lakukan membolehkan anda memasak daging dengan lebih mudah dan simple. Diharapkan, dengan itu, ianya membolehkan anda untuk memasak dengan simple dan mudah. Apapun, kalau anda kerap memasak daging, adalah sangat digalakkan untuk anda dapatkan periuk tekanan. Ianya memang memudahkan anda untuk melakukan pelbagai perkara. Memang terbaik.

Leave a Reply