Skip to main content

5 Cara Menghalau Tikus – No 3 Paling Efektif

Antara perkara yang memeningkan kepada anda adalah kalau ada tikus yang beranak pinak di rumah! Ianya boleh menyebabkan kepada penyakit yang berbahaya seperti kencing tikus. Kalau ada satu atau dua tikus di rumah tu, kena cepat-cepat atasi takut-takut kalau dah makin lama anda biarkan, makin banyak pula tikus yang datang nanti. Bak kata pepatah;

“Api kecil jadi kawan, besar jadi lawan”

“Tikus sikit nampak comel, dah banyak penyakit pun datang”

Jadi, kalau anda mempunyai masalah tikus, jangan berlengah lagi dan lakukan beberapa countermeasure yang terbaik untuk mengelak daripada masalah ini berterusan. Ianya mengundang penyakit berbahaya kepada anda dan sekeluarga nanti. Artikel ini khsusu kepada anda untuk cara menghalau tikus dari rumah agar anda tidak mendapat penyakit yang berbahaya nanti.

Umpan Tikus Paling Berkesan

Salah satu cara untuk mengumpan tikus keluar dari rumah anda adalah dengan beberapa tips ini.

#1 Bela binatang peliharaan – terutamanya kucing

Tak mahu ada tikus, ini langkah paling mudah untuk anda gunakan. Nescaya masalah tikus boleh hilang kalau kena dengan caranya. Kucing memang suka makan tikus dan kalau anda bela kucing seekor didalam rumah, memang boleh kata rumah anda akan terhindar daripada masalah tikus. Kalau anda tidak suka kucing, memang tiada nak kata apa, tetapi kalau anda telah lakukan semua perkara dan tikus masih lagi bermaharajalela dan membiak di rumah anda, ini antara cara yang paling mudah di antara semua.

Kalau tidak mahu bela untuk jangka masa yang lama, bela dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan kemudian boleh berikan kepada kawan-kawan anda yang merupakan pencinta haiwan tu. Masalah tikus selesai dan rumah anda bersih.

#2 Pasang Perangkap Tikus

Perangkap memang efektif, tapi kalau ikut pengalaman saya, untuk permulaan memang efektif. Apabila sampai satu masa, tikus dah pandai dan tahu ini adalah perangkap, memang susah nak tangkap nanti. Mungkin tikus pun mempunyai kepandaian sendiri dan tahu apa itu perangkap dan lain-lain. Untuk perangkap ini, kami galakkan untuk anda gunakan yang INI.

Selalunya, hanya seekor dan 2 ekor sahaja yang makan perangkap ini, selebihnya, tikus dah tak akan masuk ke perangkap ini lagi. Untuk seterusnya, boleh gunakan gam tikus INI dan tangkap tikus yang ada. Apapun, cara ini tidak akan menyelesaikan maslah kalau tikus sudah membiak dirumah anda, apapun, ini adalah antara langkah yang baik untuk anda gunakan.

#3 Tangkap dan Warnakan

Kami tidak pernah gunakan teknik ini, tetapi ianya ada dikongsikan di tempat-tempat lain. Tangkap tikus melalui cara no 2 dan kemudian, beli cat warna terang seperti pink striking ataupun hijau terang. Masukkan tikus yang anda tangkap tadi ke dalam cat tersebut dan biarkan sehingga kering. Dah kering lepaskan. Mengikut mereka yang sudah menggunakan teknik ini, tikus akan lari dan tikus-tikus yang pernah menjadi kawan tikus yang kena cat ini akan ketakutan dan terus tinggalkan rumah. Kalau anda nak cuba boleh cuba dan jangan lupa beritahu keputusan di ruangan komen di bawah. Ada banyak pembaca yang nak tahu tentang cerita ini.

#4 Gunakan Bau Bauan

Saya pernah gunakan serai dan pandan untuk menghalau tikus tetapi ianya tidak efektif dan tidak menyelesaikan masalah yang ada. Anda boleh cuba dan gunakan, tetapi, 3 cara yang kami berikan ini adalah antara yang terbaik untuk anda, terutamanya cara no 3. Kalau nak guna jugak, kami rekemen yang INI.

#5 Bersihkan Rumah

Ini adalah antara cara yang efektif lainnya iaitu bersihkan rumah dan buat cucian yang berkesan untuk mengelak daripada tikus yang masuk. Rumah yang bersih memang dapat elak daripada tikus yang datang.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk halau tikus. Jangan lupa juga amalkan doa untuk halau tikus dan binatang berjangkit lainnya di bawah. Kita hanya berusaha dan seterusnya adalah keputusan yang maha esa.

Elak Daripada Tikus Bersarang

Kalau misalkata rumah anda memang mempunyai banyak tikus, kami galakkan juga untuk anda tukar mesin basuh dan peti ais kepada jenis yang baru. Jenis yang lama memang mempunyai masalah untuk membolehkan tikus masuk dan bersarang di dalam tempat tersebut. Kalau ada beli model yang baru, memang tiada masalah. Untuk itu, kalau anda nak shopping beberapa pilihan mesin basuh boleh tengok di SINI. Kalau anda mahukan pilihan peti ais berkualti pula boleh tengok di SINI.

Harga Mesin Pengering Pakaian – Tak Perlu Ke Dobi Lagi

Sekarang ini semua memang nak cepat dan ringkas. Kalau dulu, mesin basuh semi automatik tu sudah mencukupi, tetapi kena lagi tambah dengan mesin basuh yang fullly automatik, barulah kain yang ada di rumah tu cepat kering berbandin dengan menggunakan mesin yang semi auto tu. Tetapi sekarang ini, walaupun sudah menggunakan mesin fully auto ini, keperluan untuk menggunakan alat pengering tetap ada. Kali ini, kami akan memberikan harga mesin pengering pakaian terbaik yang ada di pasaran.

Untuk info, mesin pengering rambut ini tidak dijual di semua kedai-kedai elektrik. Kalau ada pun tak ada banyak pilihan sangat berbanding dengan mesin basuh. Kalau washing machine ini memang ada banyak permintaan. Apapun, boleh dapaktan harga mesin basuh yang ada di sini. Kalau anda mahukan alat pengering ini, berikut adalaha antara beberapa pilihan yang ada.

Pilihan Terbaik Mesin Pengering Baju

Seperti yang kami katakan sebelum ini, alat pengering ini memang tidak terdapat di kedai-kedai elektrik dan kalau ada pun, tidak banyak pilihan yang anda ada. Untuk itu, antara pilihan yang paling kami rekemen untuk anda dapatkan dan gunakan adalah untuk lihat apa yang kedai online tawarkan.

Kedai online seperti Lazada menawarkan pelbagai jenis pakaian pada harga yang berbeza-beza pada harga yang terbaik dan mampu untuk anda miliki. Yang penting adalah untuk anda lihat sendiri pilihan yang ada dan kalau kena dengan harga yang anda mahukan, lebih mudah untuk anda membuat pembelian.

Untuk itu, kalau anda nak survey harga barangan ini, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Tengok apa pilihan yang ada ini dan kalau berbaloi, boleh terus membuat pembelian;

1 Kami Paling Rekemen Jenama Haier Ini – Nak Tahu Harga boleh KLIK Untuk Info Lanjut

2 Ini Alternatif lain – Jenama Media Terbaik

3 Nak lebih banyak pilihan – tengok apa yand ada di kedai online

Memang banyak pilihan yang ada untuk pengering baju daripada pelabgai jenama. Setakat artikel ini ditulis, range harga untuk alat ini adalah dalam linkungan RM700 sehingga ke Rm1000, anda sudah boleh mendapatkan satu alat ini dengan jenama yang baik dan kapasiti yang berbaloi. Kalau memang anda memerlukan alat ini untuk kuantiti kain yang banyak, boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Bila Nak Gunakan Alat Ini?

Saya gunakan alat ini ketikan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Terutama dalam keadaan yang kerap hujan. Kalau anda duduk di pantai timur semenanjung, memang bagus ada mesin ini kerana pakaian anda akan lebih cepat kering. Ianya akan sangat diperlukan ketika musim hujan yang kerap pada tengah hari dan petang, masa tu, memamgn kain pun lambat la nak kering dan kalau ada alat ini, lagi cepat urusan menjemur.

Tidak dinafikan yang anda boleh ke dobi layan diri dan keringkan pakaian anda di situ, tetapi kalau memang anda kerap ke sana, kan lebih baik ada alat ini dirumah, lagi senang dan lagi cepat pakaian anda nak kering. Kalau ada alat ini, tidak perlu ke dobi layan diri lagi, buat sendiri daripada basuh baju dengan mesin basuh dan jemur pun dengan alat ini semuanya dirumah anda. Bagi saya, ianya adalah pilihan yang sangat berbaloi.

Ada Kesan Tidak Baik Ke?

Yang ini masih menjadi persoalan lagi. Apapun, menjemur menggunakan mesin ini ada kemungkinan yang pakaian anda tidak akan tahan lama. Ianya menggunakan haba dalam pengeringan dan ada kemungkinan yang pakaian anda tidak dapat bertahan lama daripada biasa. Nasihat saya, tidak perlu gunakan alat ini terlalu kerap dan gunakan alat ini untuk baju yang betul-betul anda nak kena cepat gunakan. Sebagai contoh, pakaian anak, pakaian ke pejabat dan lain-lain yang anda perlukan cepat.

Kalau gunakan alat ini, penggunaan alat elektrik pun akan meningkat dengan banyak berbanding dengan penggunaan biasa. Tetapi kalau ianya bebaloi, apa salahnya gunakan ini untuk keringkan baju anda.

Inilah antara beberapa mesin pengering baju terbaik yang ada di pasaran sekarang. Sekali lagi, ianya tiada di jual di kedai-kedai elektrik berdekatan, nak pilihan terbaik, Lazada adalah tempat untuk anda dapatkan.

 

Peti Sejuk Tak Sejuk – Apa Nak Buat?

Memang sampai satu masa akan terjadi juga peti sejuk tak sejuk dan ianya pernah terjadi kepada saya. Apabila jadi seperti ini, memang tidak banyak pilihan yang ada dan diantaranya adalah untuk mencari jalan agar situasi yang sama tidak berulang. Memang dah cuba macam-macam tapi masih tak jalan, jadi, pada kali ini kami ingin berikan beberapa tips kepada anda agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Apabila jadi pada saya sendiri, memang makanan jadi busuk kerana peti ais yang tidak sejuk dan ianya memberikan kesan kepada telur dan daging yang disimpan di dalam peti. Memang merana, tapi nak buat macam mana bila ianya terjadi, kenalah sabar dan tahan. Disebabkan oleh apa yang terjadi ini, ada beberapa tips dan pengajaran yang saya telah pelajari dan ingin dikongsikan kepada anda semua.

Ikuti Langkah-Langkah Ini

#1 Peti Ais anda sudah lebih daripada 5 tahun? Jika belum dan masih ada warranty, call cepat-cepat dan dapatkan warranty. Kalau dah tak ada warranty tu, memang tiada pilihan lain, cuba repair dan hantar ke kedai. Tetapi, kalau dah lebih 5 tahun tu, memang anda kena sedar yang ianya sudah sampai masa kena tukar. Memang barangan elektrik ini mempunyai jangka hayat sehingga 5 tahun, dan kalau boleh bertahan lebih lama ini, anggaplah ianya bonus.

Kan mahal kalau nak beli baru? Memang saya pun sendiri mengalami kenaikan harga barang dan lain-lain. Tetapi kalau membabitkan keperluan asas seperti peti sejuk ini, memang kena ambil langkah yang drastik. Kalau mahal, tengok harga peti sejuk Ini, anda mesti tak percaya.

#2 Servis Secara Kerap – Tukar Air dan Bersihkan Pelti Ais Anda. Memang peti ais adalah alat yang berjalan tanpa berhenti. Cuba lakukan dalam setahun sekali, anda off peti ais anda selama beberapa jam dan ambil masa tersebut untuk mencuci dan berikan servis anda kepada alatan tersebut. Basuh cantik-cantik dan buang segala air yang bertakung, lepas anda lakukan semua ini, barulah peti ais anda jarang buat hal dan boleh bertahan lebih masa.

#3 Panggil Orang Datang Betulkan. Mungkin ada masalah dengan kopressor, mungkin juga piping, mungkin juga perkara-perkara lain yang berlaku. Kalau anda bukan seorang yang pakar dalam bab ini, dariapda anda cuba meneka apa masalah yang terjadi dengan alat ini, lebih baik panggil tukang betulkan untuk periksan dan berikan rekemendasi berdasarkan kepada kepakaran beliau. Memang dalam masa beberapa minit sahaja, memang tukang betulkan peti ais ini sudah dapat tahu apa masalah yang melanda peti sejuk anda.

>>KLIK Untuk Pilihan Peti Ais Murah<<

Banyak Pilihan Yang Ada Sekarang

Sekarang ini memang ada banyak pilihan yang ada dan dari segi harga pun tidaklah terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Disebabkan itu, harga peti ais ini tidaklah terlalu mahal dan meruapakan satu keperluan pada masa ini. Boleh dikatakan yang jenama yang ada sekarang ini sangatlah berbaloi dengan harganya. Satu rumah paling kurang satu peti ais merupakan antara item penting dan keperluan masa kini.

Jadi, ini adalah antara step ataupun langkah yang anda perlu lakukan kalau alatan peti sejuk anda tidak sejuk. Harap dan membuat pilihan yang betul dan kami memang sarankan kalau umur peti ais ini sudah lebih daripada 5 tahun, memang kami sarankan untuk anda dapatkan yang baru.