Skip to main content

Deko Bilik Tidur – 3 Tips Mudah

Kali ini kami ingin berikan tips berkenaan dengan cara untuk deko bilik tidur yang simple tapi memberikan impak yang baik pada keadaan persekitaran tempat anda tidur dan lain-lain. Untuk membuat hiasan bilik tidur utama ini, tidaklah memerlukan bajet yang terlalu besar, cukup anda tahu teknik yang betul sudah memadai agar menjadikan ruangan bilik tidur anda nampak moden dan kemas.

Kali ini, kami ingin berikan anda beberapa tips berkenaan dengan “interior design” secara basic bagi membolehkan anda untuk membuat hiasan di bilik anda dengan mudah dan cantik. Tidak kira sama ada untuk hiasan bilik tidur rumah kampung ataupun rumah teres, anda masih boleh menghias agar kelihatan cantik dan kemas sesuai dengan bajet anda. Sekali lagi, tidak perlukan bajet yang terlalu tinggi untuk rumah yang anda mahukan.

Beberapa Tips Untuk Deko Bilik Tempat Tidur Anda Simple tapi Cantik

#1 Terlalu Banyak Barang

Adalah lebih elok untuk anda sikitkan barang yang ada dalam rumah anda, lagi sikit barangan yang anda ada, lagi mudah dan lagi bagus untuk hiasan di rumah anda. Kalau boleh buang perabut yang tidak perlu dalam tempat tidur anda dan juga satu lagi, buang baju-baju yang sudah lama tidak digunakan. Biasanya kalau lelaki memang tidak mempunyai baju yang terlalu banyak, tetapi kalau perempuan, memang kena banyak baju yang sudah tidak dipakai lagi. Perempuan memang kena sentiasa beli banyak pakaian dan baju yang baru.

Jadi, tips yang pertama adalah untuk buang pakaian dan perabut yang tidak digunakan. Kami lebih rekemen kalau anda dapatkan perabut yang lebih moden untuk rumah anda. Nak tahu perabut apa? Boleh tengok artikel ini untuk dapatkan beberapa pilihan perabot moden pada harga yang murah dan terbaik.

#2 Belajar Serba Sedikit Berkenaan Dengan Interior Design

Memang kena ada ilmu serba sedikit berkenaan dengan teknik hiasan dalaman ini. Nak mudah, ebook ini sahaja sudah memadai. Nak cara lain, kami sarankan untuk anda pergi ke sales gallery berdekatan dengan rumah anda. Daripada sales gallery tu, anda dapat lihat suasana rumah, hiasan yang diguankan dalam bilik tidur semuanya memang disusun oleh pakar yang berkenaan. Perhatikan kedudukan katil, almari dan lain-lain. Susunan seperti ini memang mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Daripada situ, anda belajar ataupun cuba tiru sususnan yang sama untuk rumah anda. Makeover perabut dan susnan agar bilik yang kecil pun sudah boleh nampak luas. Ini adalah antara tips yang paling mudah, sekali lagi, nak dapatkan perabut berkualiti, boleh lihat apa yang artikel ini tawarkan.

3 Pilih Tema

Untuk tema memang kena ada asas hiasan dalaman. Apapun, anda boleh dapatkan banyak bahan diinternet ini, tetapi kami rekemen ebook INI kerana lebih mudah. Kalau bahan yang ada di internet ini memang terlalu banyak dan tidak disusun. Tema bilik pun penting untuk membolehkan anda untuk mendapatkan keadaan bilik tidur yang cantik dari segi susunan dan lain-lain. Bila anda mempunyai warna tema, sebagai contoh tema moden, lebih mudah untuk anda mendapatkan pilihan perabot yang bersesuaian.

Bak tips yang lebih menarik lagi? Kami rekemen anda tengok video di bawah ini. Ianya akan sedikit sebanyak memberikan input dan idea kepada anda untuk design dan teknik deko terbaik. Kalau nak lebih mudah, ebook di atas pun adalah antara alternatif terbaik yang kami boleh rekemen kepada anda.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips terbaik untuk anda deko rumah dan bilik tidur anda. Yang penting adalah, susunan ini terbaik dan memudahkan anda.

Leave a Reply