Skip to main content

Deko Ruangan Tamu Rumah Flat – 4 Tips Simple Untuk Anda

Rumah adalah tempat untuk berehat setelah penat bekerja dan menjalankan pelbagai aktiviti yang memenatkan di luar sana. Jadi semamanya, mempunyai hiasan dalaman yang cantik akan membolehkan kita untuk berteduh dan berehat dari pelbagai perkara. Kali ini, kami akan berikan info dan tips terkini berkenaan dengan deko ruangan tamu rumah Flat.

“Rumahku Syurgaku”

Tak kira sama ada rumah jenis apa pun, tetap kena hargai dan kemas dengan cantik walaupun rumah yang anda sewa. Kerana anda juga yang akan duduk di situ untuk satu jangka masa yang lama. Kalau tak nak nampak bombastik, nampak menarik dan kemas pun sudah cukup bagus. Kali ini, kami akan berikan sedikit tips berkenaan dengan cara untuk menghias rumah agar tidak nampak terlalu penuh dengan banyak barang dan nampak menarik dan kemas. Harap, ianya berguna untuk anda dalam mengemas rumah anda agar sentiasa nampak cantik dan menarik.

Tips Dekorasi Simple Tapi Bermakna

Umum mengetahui yang rumah flat ini mempunyai saiz yang kecil sedikit berbanding apartment. Disebabkan oleh saiz yang kecil ini, selalunya, kalau saya ke rumah flat rakan atau saudara, ada beberapa perkara yang saya akan nampak di sana. Iaitu, barangan terlalu banyak di dalam rumah flat terutama perabut. Disebabkan oleh barangan yang banyak ini, ini akan menyebabkan ruangan menjadi lebih sempit daripada biasa.

Apapun, kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara detail hiasan dalaman ini, boleh rujuk SINI.

Apapun, kami ingin tunjukkan beberapa tips penting yang berguna untuk anda gunakan dalam pemilihan dekorasi rumah flat. Bukan sahaja kemas, tetapi nampak lebih cantik dan menarik.

#1 Pemilihan Warna

Warna memainkan peranan penting dalam pemilihan dan kekemasan rumah. Pilih warna yang lembut dan kalau malas nak pening-pening, warna putih pun sudah memadai dan antara pilihan yang baik untuk dekorasi rumah anda. Kalau tak mahu putih, warna seperti hijau muda, ataupun warna-warna lembut lain akan memberikan ketenangan kepada rumah anda. Pilih warna yang betul agar ianya menjadi warna tema anda untuk tahun tersebut.

#2 Pemilihan Kain Langsir

Pemilihan kain langsir pun penting untuk membolehkan rumah anda nampak lebih menarik dan kemas. Pastikan langsir anda kena dengan warna tema rumah. Boleh tengok beberapa tips yang panjang lebar yang telah kami tulis di SINI. Yang penting kena dengan warna tema anda. Pemilihan langsir juga perlu mengambil kira warna perabut. Kombinasi antara warna dinding rumah, warna perabut dan juga warna langsir memang memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rumah anda.

#3 Pemilihan Perabot

Pemilihan perabot pun adalah antara tips yang penting untuk anda fikirkan. Seringkali kalau rumah tersebut dipenuhi dengan perabut, akan menjadikan rumah tersebut penuh sesak dan tidak seleas untuk diduduki. Kadangkala lebih sikit itu lebih bagus. Selalunya, pemilihan perabut perlu mengambil kira pemilihan kerusi sofa, set TV dan set meja makan. Perlu memilih yang terbaik untuk kombinasi ruangan ini agar rumah yang anda duduki nampak lebih cantik dan menarik. Apapun, boleh tengok tips pemilihan perabot dari kami di SINI.

Juga, pilih perabot yang mempunyai banyak fungsi untuk menjimatkan ruang. Jimat ruang adalah kunci penting kepada dekorasi rumah flat. Apapun, kalau anda mempunyai teknik yang betul seperti teknik hiasan dalaman dan susun atur, barangan yang sedia ada pun boleh dikemas agar nampak cantik dan menarik.

#4 Gunakan Cermin

Salah satu daripada kesan psikologi apabila menggunakan cermin adalah ianya menjadikan ruangan yang kecil nampak besar. Kalau memang ruanga di rumah anca kecil, cuba letak cermin yang full untuk membolehkan ianya nampak lebih besar. Teknik ini adalah teknik yang memang diketahui kerana cermin memberikan kesan psikologi untuk ruangan sempit dan kecil nampak lebih besar. Cuba sendiri tips ini untuk anda tahu sama ada berbaloi ataupun tidak.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk hiasan ruang tamu flat ataupun deko rumah flat anda agar nampak lebih cantik, menarik dan lebih luas. Apapun, manfaatkan ruangan yang ada dan dengan teknik yang betul, tiada masalah untuk mencantikkan ruangan yang ada. Hanya kemahuan dan sedikit belanja sahaja yang diperlukan untuk menjadikan rumah anda nampak lebih cantik dan menarik.

Leave a Reply