Skip to main content

5 Hadiah Birthday Untuk Lelaki – No 3 Paling Berbaloi

Hari lahir suami ataupun kawan lelaki anda sudah hampir tiba. Inilah masanya untuk anda berikan sesuatu sebagai satu tanda penghargaan kepada pengorbanan suami tercinta. Lelaki akan sangat merasa dihargai jika diberikan hadiah pada hari ulang tahun kelahirannya. Kalau anda pening-pening dan tak tahu nak berikan apa untuk suami anda, artikel ini memang direka khusus untuk anda. Terutama hadiah birthday untuk lelaki yang cukup bermakna buat anda. Kalau nak beri tu, kenalah beri yang istimewa agar pemberian anda nanti akan dikenang.

Lagilah kalau hadiah yang diberikan itu berkaitan dengan benda yang dia minat. Contohnya kalau lelaki tersebut atau suami meminati bola sepak, memang boleh dapatkan hadiah bola sepak ataupun baju jersey. Kalau minat kereta pun boleh berikan hadiah yang berkaitan dengan kereta. Lagi mahal lagi bagus kerana memang lelaki akan menghargai kalau dapat barangan yang mahal-mahal.

Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa idea bernas untuk anda fikirkan terutama kalau anda nak berikan kepada lelaki. Ada banyak pilihan yang anda ada untuk anda pilih yang mana yang terbaik berdasarkan kepada apa yang bakal anda dapat.

Idea Menarik Khas Untuk Insan Yang Bernama Lelaki

#1 Smartphone

Tak perlu pening-pening kalau nak berikan yang terbaik untuk lelaki. Terutama kalau lelaki ini meminati gadjet. Rasanya, ramai yang meminati gadjet dan antara yang popular adalah smartphone dan juga tablet. Kalau anda tidak tahu nak berikan apa dan mempunyai modal untuk berikan gadjet, tiada masalah untuk berikan satu kepada suami anda. Banyak pilihan kelas pertengahan yang ada dan kalau boleh berikanlah yang berjenama seperti Apple dan Samsung. Kalau tak mampu untuk berikan Apple dan Samsung pun tiada masalah kerana kami rekemen untuk anda jenama Oppo. Tengok pilihan paling berbaloi di SINI.

#2 Jam Digital

Ini adalah trendy masa kini. Jam adalah hadiah yang unik dan jam digital anda boleh berikan kepada suami ataupun teman lelaki anda. Memang antara pilihan yang berbaloi dan menarik yang anda boleh dapatkan. Sekarang ini pun ada banyak pilihan yang baik dan berbaloi untuk anda dapatkan. Boleh tengok disini dan pilih berdasarkan kepada apa yang anda inginkan.

#3 Berkaitan Dengan Hobi

Apa hobi suami anda? Tangkap gambar, main bola, main badminton, atau apa sahaja hobi yang lain yang ada. Berdasarkan kepada hobi tersebut, anda boleh dapatkan beberapa pilihan barangan yang ada di Lazada SINI. Daripada hobi, anda boleh berikan yang berkaitan dengan hobi suami anda ataupun lelaki yang anda ingin berikan hadiah tersebut.

Kalau dia suka tangkap gambar, boleh berikan kamera aksi, kalau suami sukakan kereta mainan, boleh berikan kereta kontrol ataupun dron. Terpulang kepada apa yang anda rasa suami anda mahukan.

#4 Cermin Mata

Antara yang kami rekemen untuk anda berikan sebagai salah satu hadiah harijadi yang romantik tetapi tidak terlalu mahal. Memang lelaki ini akan kerap memandu kereta dan kalau anda berikan cermin mata berjenama seperti Rayban di SINI, memang dia akan ingat anda selalau terutama ketika memandu kereta. Ianya sangat berpatutan dan pada kami adalah hadiah yang unik yang anda boleh berikan kepada suami ataupun lelaki yang anda ingin berikan hadiah.

#5 Dompet

Memang teknik lama, tetapi ianya efektif terutama kalau dompet orang yang ingin anda berikan itu dalam keadaan teruk dan tidak cantik. Boleh berikan yang ini sebagai salah satu tanda dan hadiah yang efektif dan sangat berbaloi. Harganya pun bergantung kepada jenama apa yang anda berikan. Untuk hadiah istimewa, kami sarankan untuk dompet yang berharga Rm100 dan ke atas, jangan beli yang terlalu murah, nanti cepat rosak. Tengok pilihan di SINI.

Yang Terbaik Untuk Suami Tercinta

Memang kalau boleh tu, kita nak berikan yang terbaik untuk suami ataupun sahabat yang tercinta. Ini adalah antara beberapa cadangan idea yang anda boleh fikir untuk anda berikan kepada mereka yang tersayang. Buat pilihan dan pilihlah yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda rasa mereka mahukan.

Leave a Reply