Skip to main content

Hadiah Hari Jadi buat Suami – No 2 Buat Lelaki Tersentuh

Ramai pasangan suami isteri yang berkahwin berpuluh-puluh tahun tetapi kaku dalam menzahirkan rasa kasih sayang. Ya, sememangnya perkahwinan dipenuhi dengan tanggungjawab tetapi ianya bermula dengan cinta dan kasih sayang. Namun persoalannya bagaimana mencipta kebahagiaan?Antara cara mencipta kebahagiaan antara suami isteri ialah dengan menghargai pasangan masing-masing.

Acapkali membuat kejutan kepada pasangan anda akan menjadikan kenangan yang terindah yang melebarkan senyumannya setiap kali terkenang. Waktu terbaik membuat kejutan iaitu pada hari kelahirannya. Bagi si isteri, walaupun kelihatan lelaki atau suami anda seorang yang maskulin, tegap, hebat, gagah, dan kuat. Namun, penghargaan sebegini amat bermakna dalam hidupnya. Oleh itu, jangan malu-malu atau berasa ragu untuk menghadiahkan sesuatu kepada suami anda pada hari jadinya.

Antara hadiah hari jadi buat suami ialah seperti set perfume. Anda boleh memilih aroma minyak wangi yang mampu menawan dan menggoda hati anda. Apabila suami anda memakainya, berikan pujian dan nyatakan bahwa anda amat menyukai bau minyak wangi tersebut agar si suami berasa selesa dan bahagia. Anda boleh memilih minyak wangi yang berjenama dan selesa dengan dirinya dan deria bau anda serta harga yang berpatutan. Antara perfume yang popular seperti Acqua Di Gio-Giorgia Armani, Safari-Ralph Lauren, Dark Blue-Hugo Boss, Cool Water(M)-Davidoff, Dunhill Desire (M)- Dunhill, Dexandra, dan sebagainya. Boleh tengok pilihan perfume terbaik yang ada di SINI.

Selain itu, anda juga boleh menghadiahkan gadget seperti tab, i-pad, atau i-phone baru terutamanya yang berjenama seperti yang dia gemari. Suami anda juga mungkin menggemari accessories kereta. Sesekali belanja suami accessories kereta seperti sport-rim dan spoiler pasti akan menyentuh jiwa mereka. Sememangnya setiap manusia suka dihargai. Memahami minat si suami dan menghadiahkan mereka seperti apa yang mereka gemar seolah-olah simbol sokongan kita terhadap minat suami. Kami cadangkan untuk anda tengok barangan gadjet di SINI.

Hadiah yang juga kebiasaannya dihadiahkan kepada lelaki iaitu pakaian. Lelaki memang tidak begitu cakna dengan pakaian. Bagi mereka,asal cukup pakai, bersih, dan kemas. Namun, tidak bagi wanita yang sentiasa sukakan kecantikan, kelainan, dan perubahan. Wanita bukan sahaja suka menjaga dirinya, malah imej diri suaminya juga. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada lelaki yang juga gemar menggayakan diri mereka mengikut trend semasa atau mengenakan pakaian berjenama seperti Levis, Polo, Calvein Klein, Hugo Boss dan banyak lagi. Lelaki akan merasakan diri mereka disayangi dan diberi perhatian apabila isterinya sentiasa mementingkan imej dirinya dan menjaga pakaian mereka. Bertambah-tambah lah rasa sayang si suami kepada anda.

Anda kenal suami anda. Sekiranya suami anda gemar bersukan seperti bermain bola sepak, badminton, rugby, bola keranjang, dan tennis, anda boleh menghadiahkan suami anda kelengkapan sukan. Kali ini mungkin boleh membeli kelengkapan yang lebih mahal dan berkualiti. Anda bukan sahaja menonjolkan kasih sayang kepada suami tecinta tetapi juga mengurangkan bebanan mereka. Hal ini kerana, barang yang berkualiti lebih tahan lama dan suami boleh menggunakan barangan tersebut lebih lama. Anda boleh ke kedai Al-Ikhsan yang terkenal dengan kedai peralatan sukan atau juga mendapatkannya melalui online sahaja.

Akhir Kata, layan lah suami anda seperti kanak-kanak pada hari lahirnya dengan memenuhi segala impian dan kemahuannya. Pasti kebahagiaan mampu dicipta dalam rumahtangga anda. Sekiranya kita mahu dibahagiakan, kita perlu membahagiakan. Walaupun hadiah hanya lah simbol materialistik tetapi ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penerimanya. Jangan dilupa juga untuk mengukur baju dibadan sendiri. Beli lah hadiah yang sesuai dengan sumber kewnagan yang ada. Sekiranya tidak cukup, besederhanalah dan raikan lah hari lahir suami anda dengan memasak makanan yang terbaik buatnya atau melakukan apa sahaja yang menyenanginya.

Leave a Reply