Skip to main content

Hiasan Dalaman Ruang Tamu – 6 Tips Penting!

Ruang tamu adalah satu ruangan atau bilik untuk kita menerima tetamu, membaca, menonton televisyen dan berbagai lagi aktiviti bersama keluarga. Selain itu, ruang tamu adalah tempat yang membantu kita berkongsi kisah keperibadian diri kita sendiri. Natijahnya dalam sesebuah rumah, ruang tamu adalah ruangan yang sangat penting kerana apabila selangkah tetamu kita masuk ke rumah ruang tamu adalah ruangan pertama yang mereka lihat dan memberikan persepsi tentang diri kita. Namun dengan kegawatan ekonomi masa kini, tidak dinafikan tidak semua orang mampu menghiaskan ruang tamu sesebuah rumah dengan perabut perabut mewah untuk menunjukkan ruang tamu yang mewah, cantik dan menarik untuk tatapan tetamu.

Sebenarnya ramai orang kita yang tidak tahu untuk menghias ruang tamu rumah kita tidak memerlukan perabut yang mahal dan banyak. Cukup dengan pemilihan warna yang dan perabut yang betul serta susun atur yang tersusun boleh membuatkan ruang tamu rumah kita itu kelihatan menarik dan cantik. Di artikel ini, saya akan memberi tips pemilihan warna dan perabut serta contoh susunan yang betul untuk menjadikan ruang tamu rumah kita menarik tertarik dan debom! 😀

Apapun, kali ini, kami akan berikan tips sesuai berkenaan dengan hiasan dalaman ruang tamu untuk kediaman anda.

Okay pertama dari segi pemilihan warna. Untuk mendapatkan kesan hiasan ruang tamu yang menarik serta bertenaga anda boleh memilih warna coklat, kuning ataupun peach. Kerana warna warna ini menimbulkan warna yang bertenaga serta mampu menambahkan lagi kasih sayang antara keluarga.

Untuk menimbulkan kesan yang sejuk, anda boleh memilih warna seperti biru ungu. Kerana warna warna ini jika dengan susun atur serta perabut yang betul sudah pasti dapat mehasilkan ruang tamu yang luas dan lapang serta lebih menarik. Tapi hanya dengan susun atur yang betul, salah penyusunan ruang perabut lain jadinya yang akan terhasil di ruang tamu rumah anda.

Jikalau sesiapa yang lebih berminat dengan warna warna neutral anda boleh memilih warna putih , beige ataupun krim. Kerana warna warna ini akan membuatkan ruang tamu rumah anda kelihatan lebih tenang tanpa warna yang meyakitkan mata anda.

Hiasan untuk ruang tamu rumah anda boleh memilih untuk konsep moden, minimalis, tradisional, semula jadi ataupun kontemporari. Tapi jangan campurkan konsep tersebut kerana ia akan kelihatan pelik.

Untuk pemilihan perabot pulak anda perlu memilih perabot yang bersesuain dengan keluasan ruang tamu rumah anda. Jangan memilih perabot yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan ruang tamu rumah anda kelihatan lagi sempit dan kecil . Untuk memilih perabot pastikan juga jenis kualiti kayu perabot itu. Jangan membeli perabot yang dibuat daripada habuk kayu. Perabot yang berkaki adalah lebih baik kerana ia akan menyenangkan sesi mengemas anda di ruang tamu rumah anda. Serta lebih menyenangkan untuk pengalihan perabot.

Dalam kegawatan ekonomi sekarang, untuk membeli perabot anda boleh membeli di Lazada. Kerana tidak dinafikan Lazada adalah tempat yang sangat bagus untuk membeli perabut rumah kerana harganya berbaloi serta kualiti yang bagus. Boleh tengok pilihan perabot yang ada di SINI.

Contoh susunan juga anda boleh dapati daripada majalah majalah ataupun di ikea. Kerana ikea juga adalah sebuah pakar hiasan dalaman. Selain cat cat yang bewarna anda juga boleh membua hiasan di ruang tamu anda dengan mengunakan “ wallpaper” kerana pada masa kini “ wallpaper” adalah hiasan dalaman yang semakin terkenal die merata dunia. Kerana dengan “wallpaper” ini akan membuat ruang tamu rumah kita kelihatan lebih mewah. Tapi pastikan corak yang anda pilih untuk “wallpaper” ruang tamu rumah anda adalah yang betul dan bukan yang akan membuatkan rumah anda kelihatan pelik.

Leave a Reply