Skip to main content

Pilihan Langsir Moden dan Ringkas

Langsir adalah salah satu aksesori rumah yang penting untuk menyerlahkan lagi hiasan dalaman sesebuah rumah. Langsir juga memainkan peranan untuk menapis cahaya masuk ke rumah, membina suasana peribadi, dan juga untuk memberikan keseimbangan warna dalam rumah kita. Khusus pada artikel kali ini, kami akan berikan tips langsir moden dan ringkas untuk hiasan di rumah anda.

Bagi kebanyakan pengguna, memilih tirai yang sesuai bukanlah sesuatu yang mudah kerana penggunaan yang betul dari segi warna dan jenis langsir boleh mengubah keseluruhan suasana sesebuah rumah. Sebelum membeli atau menempah, pastikan yang anda mempunyai warna dan corak yang anda inginkan untuk rumah anda.

Jika anda sedang dalam proses menukar atau membuat tirai untuk rumah anda, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah berkaitan pemilihan jenis kain tirai yang anda mahukan. Untuk memudahkan anda, boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini untuk idea unik untuk rumah anda.

>>KLIK Untuk Idea Langsir Unik dan Moden<<

Terdapat pelbagai jenis yang terdapat di pasaran. Salah satu yang sentiasa mendapat sambutan adalah curtain yang mempunyai konsep moden tetapi ringkas. Jika kita lihat, bentuk rumah yang dibangunkan sekarang, kebanyakannya terdiri daripada gaya yang ringkas, oleh itu, langsir yang moden dan ringkas adalah sesuai dengan rekabentuk rumah-rumah terkini.

Selepas anda memilih jenis, kita perlu membuat pilihan dari segi jenis kain, warna dan corak, pencahayaan dan juga ukuran untuk curtain di rumah anda.

Jenis Kain

Jenis fabrik atau kain adalah penting untuk menentukan kegunaan curtain di dalam rumah anda. Fabrik jenis sutera dan taffeta memberi kesan licin yang sesuai untuk ruang formal seperti ruang tamu. Tirai berfabrik kapas atau linen lebih cantik apabila mencecah lantai. Selain memikirkan tentang fabrik langsir, jangan pandang remeh tempat penggantung. Jenis yang biasa seperti mempunyai penyangkut sesuai untuk rod biasa, rod yang mempunyai gelung pula sesuai untuk jenis yang kasual untuk menampakkan keunikan rod.

Warna

Pemilihan warna untuk curtain anda hasruslah sesuai dengan warna dinding dan perabot di rumah anda. Ini kerana warna yang anda pasang nanti akan memberi biasan cahaya kepada warna ruang tamu anda . Jika warna asas yang dipilih menyamai dengan warna dinding, pastikan tona warna tersebut berbeza dengan warna dinding.  Elakkan memilih warna yang gelap kerana ia akan menyebabkan ruang tamu rumah anda kelihatan sempit .

Corak

Untuk konsep moden , pilihan langsir corak ringkas dan abstrak adalah menjadi pilihan masa kini. Malah sangat mudah untuk anda memilih dan gandingkan dengan perabot rumah anda. Sebut sahaja di kedai , mereka akan mencadangkan pelbagai pilihan corak kepada ada dengan mudah. Jika anda memilih dengan corak yang ringkas, jangan pilih corak yang terlalu padat kerana ruangan rumah anda akan kelihatan sempit dengan corak yang sebegitu.

Ukuran

Membuat ukuran yang tepat dan sesuai dengan jenis langsir yang dipilih adalah sangat penting untuk mengelakkan pembaziran duit. Jika anda tidakmahir untuk membuat ukuran, anda mungkin terpaksa untuk meminta bantuan tukang jahit untuk membuat ukuran.

Jika ingin membeli sendiri, pastikan anda sudah ada simpan ukuran tingkap / pintu atau tempat yang perlukan tirai tersebut sebelum keluar mencari kain tersebut. Apapun, untuk memudahkan anda mendapatkan pilihan yang sudah siap, boleh lihat apa yang ada di bawah untuk maklumat lanjut.

>>KLIK Untuk Langsir Moden dan Simple<<

Kewangan

Kekangan utama kebanyakan pembeli adalah dari segi baget untuk membuat langsir. Ada yang mengharapkan gaya yang hebat tetapi bajet yang diperuntukkan terlalu kecil. Oleh itu, bajet yang sesuai dengan pemilihan jenis langsiradalah penting untuk mendapatkan tirai idaman anda.

Secara umumnya inilah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan untuk apa sahaja jenis yang anda pilih. Diharap panduan memilih curtain ini akan dapat membantu anda membuat pilihan. Ini adalah kerana langsir adalah salah satu perkara utama yang akan dipandang tetamu apabila mereka memasuki rumah kita . Sama ada ianya anda jahit sendiri,tempahan atau sedia dipakai , pemilihan biarlah tepat agar rumah anda kelihatan lebih menarik.

 

Leave a Reply