Skip to main content

Kegunaan Microwave Oven Yang anda perlu tahu

Pada artikel kali ini, saya nak ceritakan tentang kegunaan microwave oven. Tetapi sebelum itu, anda tahu kegunaan 3 item ini iaitu microwave oven, oven dan satu lagi adalah microwave.

Ramai yang tak tahu dan kali ini saya nak ceritakan berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri menggunakan semua alatan tersebut. Jangan terkejut kalau ada perempuan yang tak tahu kegunaan semua jenis peralatan tersebut. Kalau nak ikutkan, ke tida-tiga alat tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dan kalau anda nak beli yang mana satu pun, kena beli berdasarkan kepada fungsi alat dan kegunaan. Kalau tidak nanti, takut anda tersalah buat pembelian dan memnazir sahaja.

Alang-alang, jangan lupa untuk lihat juga beberapa deal terbaik untuk blender murah di SINI. Banyak lagi barangan dapur yang anda boleh dapatkan pada harga yang sangat murah.

oven-murah

Apakah kegunaan oven?

Kegunaan oven agak mudah iaitu untuk tujuan memasak atau membaking biskut ataupun kek. Kalau nak buat grill pun tak ada masalah untuk gunakan oven ni. Yang tak sesuai adalah untuk memanaskan makanan, kalau nak panaskan boleh tapi kena kawal temperature dan masa. Biasanya kena panaskan dalam 15 minit dengan temperature 100′ pun dah ok.

Kalau nak oven murah, saya ada buat review di sini dan macam mana tips untuk beli oven murah.

Boleh tengok video di bawah ini berkenaan dengan fungsi ketuhar oven

Kegunaan Utama Microwave

Microwave pula digunakan untuk memanaskan makanan. Lebih mudah memanaskan makanan dengan microwave berbanding dengan oven. Hanya dalam masa 1 minit, makanan anda dah panas.

Teknologi pemanasan bukan dengan haba seperti oven, tetapi dengan gelombang infra. Jadi, memang anda akan nampak makanan yang anda panaska masih lagi juicy dan sedap. Tujuan lain adalah, untuk defrost makanan yang beku. Nasihat saya jangan buat selalu, iaitu defrost menggunakan microwave, kalau buat selalu takut makanan tidak sihat. Defrost makanan kalau memang betul-betul urgent sahaja.

Sekarang ini pun dah ada microwave untuk tujuan grill dan lain-lain. Fungsi 2 dalam 1 ini dipanggil microwave oven. Menarik kan, tapi harga microwave oven pun boleh tahan menarik. Nak tahu apa itu microwave oven?

Microwave Oven ini apa pulak?

Microwave adalah kombinasi microwave dan oven. Tetapi harganya agak mahal. Anda boleh menggunakan kedua-dua fungsi microwave dan oven dalam satu machine. Sama ada perlu ataupun tidak itu bergantung kepada anda.

Setakat saya survey di Lazada, kalau nak beli microwave 1 dan oven 1 pun boleh dapat murah. Kalau memang rumah anda ada kekangan tempat, belilah microwave oven, kalau tiada masalah tempat, beli 2 mesin yang berbeza pun masih boleh dapat murah.

Apapun, anda boleh ke sini untuk melihat berapa tips bagi memilih microwave oven murah. Banyak pilihan yang anda sekarang ini, tertuama kalau anda membeli barangan secara online. Memang banyak yang murah-murah dan menarik yang ada. terbaik.

Nak pilih yang mana, terpulang kepada anda

Tengok tujuan anda, kalau memang anda minat makanan yang bergrill atau memang suka baking, belilah oven. Kalau nak ringkas dan cepat, microwave pun dah sangat ok. Kalau memang anda menggunakan kedua-dua, iaitu baking dan perlukan fungsi microwave untuk memasak makana, boleh beli microwave dan oven sekali. Pun tiada masalah. Lagi menarik kalau anda membeli microwave oven yang ada fungsi 2 dalam 1 ini, cuma ianya agak mahal sedikit.

Dah tahu apa yang anda nak beli, tengok bajet pula. Ada banyak pilihan oven ataupun microwave yang murah-murah di Lazada. Buat pilihan yang bijak dan belilah barangan yang mempunyai jenama atau review yang bagus, harap dengannya, anda boleh gunakan lama. Harap anda dapat tahu beberapa info penting berkenaan dengan microwave oven dan beza antara microwave oven, oven dan microwave.