Skip to main content

Air Kotak Harga Kilang – 3 Pilihan Murah

Sekarang ini memang ramai yang mencari air kotak harga kilang yang boleh didapati dengan mudah di pasaran. Kebiasannya, akan gunakan air kotak ini untuk tujuan barangan cenderahati perkahwinan, doorgift untuk pertunangan dan lain-lain lagi. Persoalannya, dimana nak dapatkan pelbagai jenis air minuman seperti ini pada harga kilang?

Artikel kali ini, kami akan berikan tips terbaik kepada anda untuk anda dapatkan pelbagai barangan pada harga kilang dan jauh lebih murah daripada harga pasaran. Ini termasuklah air kotak dan barangan minuman lain yang ada di pasaran. Apapun, seterusnya, anda buat pilihan sendiri sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Moden dan Murah

Nak dapatkan air kotak pada harga murah ini, boleh lihat kepada rekemendasi di internet. Anda juga boleh “walk in” ke kedai-kedai air kotak yang banyak di sekitar rumah anda ataupun menghubungi pembekal-pembekal yang berdekatan. Biasanya, memang mereka ada pilihan dan stok air kotak pada harga yang terbaik dan jauh lebih murah daripada harga yang ada di pasaran.

Kali ini, kami akan tunjukkan beberapa cara untuk anda dapatkan pelbagai jenis pilihan air kotak ini pada harga terbaik dan mampu beli. Semuanya anda boleh dapatkan secara online sahaja pada harga kilang. Kalau pening-pening dan tak tahu nak cari di mana, boleh dapatkan beberapa pilihan ini untuk anda. Yang penting anda berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.

Nak tahu di mana, kami rekemen untuk anda survey dulu harga di Lazada. Boleh tengok beberapa pilihan yang kami rekemen untuk anda di bawah;

1 Pilihan Air Kotak Murah – KLIK Untuk Info Lanjut

2 Pilihan Jenama Drinho – KLIK SINI

3 Lebih Banyak PIlihan – KLIK SINI

Ini adalah antara beberapa pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan pada harga pasaran. Bergantung kepada tujuan anda mendapatkan semua produk ini, kalau anda ingin dapatkan dengan tujuan untuk doorgift, harga yang ada di sini memang berbaloi. Kalau anda ingin dapatkan dengan tujuan untuk berniaga ataupun jual semula untuk barangan di kedai anda, ini pun adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Yang penting, survey dahulu dan kalau sesuai dengan apa yang anda mahukan, boleh terus buat pembelian dan kalau tidak sesuai dan tidak kena dengan harga yang anda nak pun tiada masalah. Memang banyak lagi alternatif lain di luar sana, cuma pembelian secara online ini memang memudahkan kerana cuma buat pembelian dan ianya akan sampai terus kepada anda.

Doorgift dan Hadiah Cenderahati

Memang ramai yang mencari air kotak ini sebagai salah satu cara untuk dapatkan doorgift murah pada harga mampu beli. Kepada anda yang mencari air ini sebagai untuk tujuan dorrgift, kami rekemen untuk anda baca dahulu artikel ini dan dapatkan beberapa idea menarik berkenaan dengan doorgit. Tidak terhad kepada majlis perkahwinan sahaja, anda juga boleh gunakan idea yang kami berikan ini untuk pelbagai majlis seperti majlis pertunangan, aqiqah dan lain-lain lagi.

Tidak salah untuk dapatkan idea menarik. Yang penting, anda mempunyai bajet yang mencukupi untuk hadiah yang anda inginkan.

Apapaun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk anda dapatkan pelbagai jenis pilihan air minuman kotak pada harga kilang. Kalau tak dapat harga kilang pun, harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Semua di tangan anda untuk anda dapatkan dan yang penting adalah adakah bajet anda mencukupi. Kalaupun tidak dapat air kotak ini, banyak lagi barangan lain yang anda boleh dapatkan untuk dijadikan hadiah ataupun dijual semula.

Deko Ruangan Tamu Rumah Flat – 4 Tips Simple Untuk Anda

Rumah adalah tempat untuk berehat setelah penat bekerja dan menjalankan pelbagai aktiviti yang memenatkan di luar sana. Jadi semamanya, mempunyai hiasan dalaman yang cantik akan membolehkan kita untuk berteduh dan berehat dari pelbagai perkara. Kali ini, kami akan berikan info dan tips terkini berkenaan dengan deko ruangan tamu rumah Flat.

“Rumahku Syurgaku”

Tak kira sama ada rumah jenis apa pun, tetap kena hargai dan kemas dengan cantik walaupun rumah yang anda sewa. Kerana anda juga yang akan duduk di situ untuk satu jangka masa yang lama. Kalau tak nak nampak bombastik, nampak menarik dan kemas pun sudah cukup bagus. Kali ini, kami akan berikan sedikit tips berkenaan dengan cara untuk menghias rumah agar tidak nampak terlalu penuh dengan banyak barang dan nampak menarik dan kemas. Harap, ianya berguna untuk anda dalam mengemas rumah anda agar sentiasa nampak cantik dan menarik.

Tips Dekorasi Simple Tapi Bermakna

Umum mengetahui yang rumah flat ini mempunyai saiz yang kecil sedikit berbanding apartment. Disebabkan oleh saiz yang kecil ini, selalunya, kalau saya ke rumah flat rakan atau saudara, ada beberapa perkara yang saya akan nampak di sana. Iaitu, barangan terlalu banyak di dalam rumah flat terutama perabut. Disebabkan oleh barangan yang banyak ini, ini akan menyebabkan ruangan menjadi lebih sempit daripada biasa.

Apapun, kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara detail hiasan dalaman ini, boleh rujuk SINI.

Apapun, kami ingin tunjukkan beberapa tips penting yang berguna untuk anda gunakan dalam pemilihan dekorasi rumah flat. Bukan sahaja kemas, tetapi nampak lebih cantik dan menarik.

#1 Pemilihan Warna

Warna memainkan peranan penting dalam pemilihan dan kekemasan rumah. Pilih warna yang lembut dan kalau malas nak pening-pening, warna putih pun sudah memadai dan antara pilihan yang baik untuk dekorasi rumah anda. Kalau tak mahu putih, warna seperti hijau muda, ataupun warna-warna lembut lain akan memberikan ketenangan kepada rumah anda. Pilih warna yang betul agar ianya menjadi warna tema anda untuk tahun tersebut.

#2 Pemilihan Kain Langsir

Pemilihan kain langsir pun penting untuk membolehkan rumah anda nampak lebih menarik dan kemas. Pastikan langsir anda kena dengan warna tema rumah. Boleh tengok beberapa tips yang panjang lebar yang telah kami tulis di SINI. Yang penting kena dengan warna tema anda. Pemilihan langsir juga perlu mengambil kira warna perabut. Kombinasi antara warna dinding rumah, warna perabut dan juga warna langsir memang memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rumah anda.

#3 Pemilihan Perabot

Pemilihan perabot pun adalah antara tips yang penting untuk anda fikirkan. Seringkali kalau rumah tersebut dipenuhi dengan perabut, akan menjadikan rumah tersebut penuh sesak dan tidak seleas untuk diduduki. Kadangkala lebih sikit itu lebih bagus. Selalunya, pemilihan perabut perlu mengambil kira pemilihan kerusi sofa, set TV dan set meja makan. Perlu memilih yang terbaik untuk kombinasi ruangan ini agar rumah yang anda duduki nampak lebih cantik dan menarik. Apapun, boleh tengok tips pemilihan perabot dari kami di SINI.

Juga, pilih perabot yang mempunyai banyak fungsi untuk menjimatkan ruang. Jimat ruang adalah kunci penting kepada dekorasi rumah flat. Apapun, kalau anda mempunyai teknik yang betul seperti teknik hiasan dalaman dan susun atur, barangan yang sedia ada pun boleh dikemas agar nampak cantik dan menarik.

#4 Gunakan Cermin

Salah satu daripada kesan psikologi apabila menggunakan cermin adalah ianya menjadikan ruangan yang kecil nampak besar. Kalau memang ruanga di rumah anca kecil, cuba letak cermin yang full untuk membolehkan ianya nampak lebih besar. Teknik ini adalah teknik yang memang diketahui kerana cermin memberikan kesan psikologi untuk ruangan sempit dan kecil nampak lebih besar. Cuba sendiri tips ini untuk anda tahu sama ada berbaloi ataupun tidak.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk hiasan ruang tamu flat ataupun deko rumah flat anda agar nampak lebih cantik, menarik dan lebih luas. Apapun, manfaatkan ruangan yang ada dan dengan teknik yang betul, tiada masalah untuk mencantikkan ruangan yang ada. Hanya kemahuan dan sedikit belanja sahaja yang diperlukan untuk menjadikan rumah anda nampak lebih cantik dan menarik.

Harga Milo 1KG – Pilihan Termurah Untuk Anda

Ramai yang mencari berapa harga Milo 1KG sekarang ini kerana ianya adalah antara barangan yang laris dan mendapat tempat di pasaran. Tidak hanya pemilik restoren yang mencari Milo ini, suri rumah pun cuba untuk cari barangan ini terutamanya kalau harga yang ada itu adalah harga diskaun. Kalau ada majlis yang besar-besar pun, boleh cuba dapatkan Milo ini pada harga yang paling murah untuk majlis mereka.

Kalau majlis besar seperti kenduri kahwin pun memang banyak gunakan Milo ini kerana harganya dan perminataan yang tinggi. Lagila kalau dapat deal yang murah-murah tu, memanglah berbaloi untuk beli sekali banyak. Apapun kali ini kami akan berikan kepada anda harga untuk Milo 1KG dan juga alternatif lain untuk pilihan Milo yang ada di pasaran sekarang ini. Anda boleh cuba dan kami sendiri telah cuba beberapa jenama lain yang mempunyai rasa yang sedap dan lebih kurang sama dengan produk keluaran Nestle ini.

Pilihan Yang Ada

Tidak semestinya kena ke shopping mall, banyak deal-deal menarik berkaitan dengan produk Milo ini anda boleh dapatkan di Lazada pada harga yang terbaik dan mampu untuk anda beli dan gunakan. Kedai online seperti Lazada ini memang menawarkan pilihan barangan seperti Milo pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran, tak percaya, boleh tengok beberapa pilihan di bawah untuk anda gunakan.

Untuk Milo paket 1KG, boleh tengok apa yang ditawarkan di SINI

Untuk lihat produk lain berkaitan dengan Milo, boleh lihat apa yang ada di SINI.

Banyak lagi produk makanan lain yang anda boleh dapatkan di Lazada pada harga yang murah dan yang pastinya, lebih murah sedikit daripada harga pasaran semasa. Untuk pengetahuan anda, Milo ini adalah antara produk yang “hot” dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ramai pembeli di Lazada. Harganya memang murah sedikit dan kepada anda, inilah masanya untuk anda beli dan lihat adakah produk ini memang terbaik dan bagus untuk anda.

Alternatif Lain Kepada Milo

Milo memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ramai orang. Ianya boleh dikatakan sebagai satu produk yang evergreen dan digunakan dari sejak saya sekolah rendah sehinggalah sekarang. Disamping itu, banyak produk lain yang cuba bersaing dengan minuman coklat ini dan diantaranya adalah beberapa pilihan yang kami rekemen untuk anda. Kalau anda nak cuba kurangkan kebergantungan kepada produk Milo ini, tidak salah untuk cuba jenama lain yang ada.

Tetapi, kalau memang dah serasi tu, memang tak boleh nak buat apa, apapun, kali ini, kami cuba berikan yang terbaik untuk produk berasaskan coklat ini kepada anda untuk anda pilih sendiri yang mana yang paling sesuai untuk anda gunakan.

#1 Vico

Boleh cuba juga yang ini dan ianya adalah antara produk yang baik. Harganya lebih kurang sama ataupun lebih murah sedikit berbanding dengan Milo, dari segi rasa pula tidak kalah dengan Milo. Boleh cuba sendiri dan kalau serasi, boleh beli terus dan gantikan produk Milo. Nak tengok harga Vico ada di SINI.

#2 Tamar Cocoa

Selain daripada Vico, satu lagi produk yang saya sendiri pernah cuba adalah Tamar Cocoa. Ianya merupakan produk yang baik untuk anda gunakan dan mempunyai rasa yang tidak lari jauh dengan Vico. Nasihat saya, cuba dulu baru tahu sama ada ianya sesuai ataupun sebaliknya. Boleh dapatkan di SINI.

Ini adalah antara 2 alternatif kepada Milo dan harganya di pasaran. Boleh dapatkan di Lazada ataupun di pasaraya terdekat anda. Rasanya memang sedap dan enak, nak tahu lebih lanjut, boleh cuba dulu.

Hiasan Dalaman Ruang Tamu – 6 Tips Penting!

Ruang tamu adalah satu ruangan atau bilik untuk kita menerima tetamu, membaca, menonton televisyen dan berbagai lagi aktiviti bersama keluarga. Selain itu, ruang tamu adalah tempat yang membantu kita berkongsi kisah keperibadian diri kita sendiri. Natijahnya dalam sesebuah rumah, ruang tamu adalah ruangan yang sangat penting kerana apabila selangkah tetamu kita masuk ke rumah ruang tamu adalah ruangan pertama yang mereka lihat dan memberikan persepsi tentang diri kita. Namun dengan kegawatan ekonomi masa kini, tidak dinafikan tidak semua orang mampu menghiaskan ruang tamu sesebuah rumah dengan perabut perabut mewah untuk menunjukkan ruang tamu yang mewah, cantik dan menarik untuk tatapan tetamu.

Sebenarnya ramai orang kita yang tidak tahu untuk menghias ruang tamu rumah kita tidak memerlukan perabut yang mahal dan banyak. Cukup dengan pemilihan warna yang dan perabut yang betul serta susun atur yang tersusun boleh membuatkan ruang tamu rumah kita itu kelihatan menarik dan cantik. Di artikel ini, saya akan memberi tips pemilihan warna dan perabut serta contoh susunan yang betul untuk menjadikan ruang tamu rumah kita menarik tertarik dan debom! 😀

Apapun, kali ini, kami akan berikan tips sesuai berkenaan dengan hiasan dalaman ruang tamu untuk kediaman anda.

Okay pertama dari segi pemilihan warna. Untuk mendapatkan kesan hiasan ruang tamu yang menarik serta bertenaga anda boleh memilih warna coklat, kuning ataupun peach. Kerana warna warna ini menimbulkan warna yang bertenaga serta mampu menambahkan lagi kasih sayang antara keluarga.

Untuk menimbulkan kesan yang sejuk, anda boleh memilih warna seperti biru ungu. Kerana warna warna ini jika dengan susun atur serta perabut yang betul sudah pasti dapat mehasilkan ruang tamu yang luas dan lapang serta lebih menarik. Tapi hanya dengan susun atur yang betul, salah penyusunan ruang perabut lain jadinya yang akan terhasil di ruang tamu rumah anda.

Jikalau sesiapa yang lebih berminat dengan warna warna neutral anda boleh memilih warna putih , beige ataupun krim. Kerana warna warna ini akan membuatkan ruang tamu rumah anda kelihatan lebih tenang tanpa warna yang meyakitkan mata anda.

Hiasan untuk ruang tamu rumah anda boleh memilih untuk konsep moden, minimalis, tradisional, semula jadi ataupun kontemporari. Tapi jangan campurkan konsep tersebut kerana ia akan kelihatan pelik.

Untuk pemilihan perabot pulak anda perlu memilih perabot yang bersesuain dengan keluasan ruang tamu rumah anda. Jangan memilih perabot yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan ruang tamu rumah anda kelihatan lagi sempit dan kecil . Untuk memilih perabot pastikan juga jenis kualiti kayu perabot itu. Jangan membeli perabot yang dibuat daripada habuk kayu. Perabot yang berkaki adalah lebih baik kerana ia akan menyenangkan sesi mengemas anda di ruang tamu rumah anda. Serta lebih menyenangkan untuk pengalihan perabot.

Dalam kegawatan ekonomi sekarang, untuk membeli perabot anda boleh membeli di Lazada. Kerana tidak dinafikan Lazada adalah tempat yang sangat bagus untuk membeli perabut rumah kerana harganya berbaloi serta kualiti yang bagus. Boleh tengok pilihan perabot yang ada di SINI.

Contoh susunan juga anda boleh dapati daripada majalah majalah ataupun di ikea. Kerana ikea juga adalah sebuah pakar hiasan dalaman. Selain cat cat yang bewarna anda juga boleh membua hiasan di ruang tamu anda dengan mengunakan “ wallpaper” kerana pada masa kini “ wallpaper” adalah hiasan dalaman yang semakin terkenal die merata dunia. Kerana dengan “wallpaper” ini akan membuat ruang tamu rumah kita kelihatan lebih mewah. Tapi pastikan corak yang anda pilih untuk “wallpaper” ruang tamu rumah anda adalah yang betul dan bukan yang akan membuatkan rumah anda kelihatan pelik.

6 Senarai Semak Persiapan Perkahwinan – No 3 Paling Penting

Perkahwinan merupakan sesuatu yang besar dalam hidup dan ianya memang memerlukan persiapan yang rapi dan teratur. Bergantung kepada anda, anda boleh melakukan majlis perkahwinan anda dalam keadaan yang simple dan mudah ataupun tiada masalah juga untuk melaksanakan majlis yang unik bagi anda ini dalam keadaan yang serba lengkap.

Perlu diingatkan yang, walaupun majlis perkahwinan anda serba mewah, ianya tidak menjanjikan kebahagiaan semasa perkahwinan. Untuk perkahwinan yang bahagia itu memang memerlukan lebih daripada jumlah hantaran yang besar ataupun majlis yang serba mewah. Apapun, pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips penting berkenaan dengan senarai semak persiapan perkahwinan anda dan diharapkan ianya memudahkan urusan anda dalam melaksanakan perkahwinan.

“Tanda Kebahagian Itu Pada Hubungan Yang Baik, Bukan Pada Hantaran Tinggi Melangit”

 

Apa Yang Anda Perlu Buat

#1 Bajet Kahwin

Untuk lelaki, sebelum meminang anak orang tu, kena tahu dahulu bajet anda yang patut kena ada. Kalau nak ikutkan yang benda ini pun masih boleh dibincangkan bersama dengan pasangan anda terutama dalam bab hantaran. Kalau hantaran anda RM20k, mungkin agak sedikit pening pihak lelaki nak cari duit untuk dapatkan barang hantaran ni. Apapun, boleh baca artikel saya yang panjang lebar di SINI berkenaan dengan bajet kahwin RM10k. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama.

Apapun, kena sedikit demi sedikit kumpul duit anda untuk kahwin. Barulah mudah dan tidak terlalu stress di kemudian hari.

#2 Kursus Kahwin

Kalau yang sudah pernah mengikuti kursus perkahwinan ini, boleh tinggalkan yang ini. Kepada yang belum, boleh ke pejabat agama terdekat untuk dapatkan info berkenaan dengan kursus kahwin di tempat anda. Sekarang ini, kursus kahwin adalah wajib dan meruapakan satu perkara yang mesti anda lakukan sebelum berkahwin.

#3 Urusan Nikah dan Prosedur Berkaitan

Kalau pasangan anda dalam negeri yang sama mudah sikit, tetapi kalau berlainan negeri tu, memang kena tahu detail yang berkaitan dengan urusan di negeri sana. Tanya secara detail apa yang diperlukan, saksi, borang semua kena lengkap untuk mudahkan urusan. Pernah terjadi perkahwinan tak dapat dijalankan kerana ada borang yang tidak lengkap. Untuk itu, lakukan semua benda termasuklah pemeriksaan HIV.

#4 Tempahan Dewan & Katering

Tarikh perkahwinan dan tempat untuk majlis pun adalah sangat penting untuk kelangsungan majlis anda nanti. Sama ada nak tempah dewan, hotel atau lain-lain, itu terpulang. Kalau boleh, tempah 6 bulan ataupun setahun awal untuk majlis anda. Kalau nak simple lagi, buat majlis di surau ataupun masjid sudah mencukupi.

#5 Barang Hantaran

Barang hantaran pun adalah antara item yang penting yang kena masukkan dalam list barangan perkahwinan anda. Bergantung kepada bajet yang anda ada, anda boleh berikan banyak pilihan hantaran sama ada hantaran untuk majlis pertunagan ataupun untuk majlis perkahwinan anda. Kalau tak tahu nak berikan apa untuk majlis perkahwinan sebagai hantaran tu, boleh lihat beberapa idea yang ada di SINI untuk hantaran anda. Untuk hantaran, pilihlah yang berbaloi dan barangan yang anda boleh gunakan selepas kahwin seperti

#6 Doorgift Perkahwinan

Ini tidaklah wajib tetapi kalau ada lagi bagus sebagai salah satu cenderahati kepada tetamu yang hadir. Seperti katering, doorgift ini memang memakan belanja yang agar besar. Cuba bayangkan kalau satu doorgift itu RM2, dan anda mempunyai 1000 tetamu, ianya sudah menelan belanja RM2000 untuk doorgift sahaja. Apapun lihat kepada bajet anda dan kalau anda nak cari idea untuk cenderahati majlis anda, boleh tengok apa yang ditawarkan di SINI.

Ini adalah antara senarai semak ringkah untuk persiapan majlis perkahwinan anda. Ianya bukan dalam bentuk PDF tetapi cukup untuk memberikan input kepada anda tentang perkara yang betul-betul penting dalam majllsi anda nanti. Dalam banyak-banyak item ini, yang no3 iaitu urusan nikah dan prosedur memainkan peranan yang sangat penting. Kalau tersilap, boleh jadi majlis anda terus terbatal. Berikan lebih perhatian dalam aspek itu terutama kalau bakal pasangan anda berlainan negeri.

Apapun, selamat menjadi ataupun menjadi pengantin.

5 Cara Menghalau Tikus – No 3 Paling Efektif

Antara perkara yang memeningkan kepada anda adalah kalau ada tikus yang beranak pinak di rumah! Ianya boleh menyebabkan kepada penyakit yang berbahaya seperti kencing tikus. Kalau ada satu atau dua tikus di rumah tu, kena cepat-cepat atasi takut-takut kalau dah makin lama anda biarkan, makin banyak pula tikus yang datang nanti. Bak kata pepatah;

“Api kecil jadi kawan, besar jadi lawan”

“Tikus sikit nampak comel, dah banyak penyakit pun datang”

Jadi, kalau anda mempunyai masalah tikus, jangan berlengah lagi dan lakukan beberapa countermeasure yang terbaik untuk mengelak daripada masalah ini berterusan. Ianya mengundang penyakit berbahaya kepada anda dan sekeluarga nanti. Artikel ini khsusu kepada anda untuk cara menghalau tikus dari rumah agar anda tidak mendapat penyakit yang berbahaya nanti.

Umpan Tikus Paling Berkesan

Salah satu cara untuk mengumpan tikus keluar dari rumah anda adalah dengan beberapa tips ini.

#1 Bela binatang peliharaan – terutamanya kucing

Tak mahu ada tikus, ini langkah paling mudah untuk anda gunakan. Nescaya masalah tikus boleh hilang kalau kena dengan caranya. Kucing memang suka makan tikus dan kalau anda bela kucing seekor didalam rumah, memang boleh kata rumah anda akan terhindar daripada masalah tikus. Kalau anda tidak suka kucing, memang tiada nak kata apa, tetapi kalau anda telah lakukan semua perkara dan tikus masih lagi bermaharajalela dan membiak di rumah anda, ini antara cara yang paling mudah di antara semua.

Kalau tidak mahu bela untuk jangka masa yang lama, bela dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan kemudian boleh berikan kepada kawan-kawan anda yang merupakan pencinta haiwan tu. Masalah tikus selesai dan rumah anda bersih.

#2 Pasang Perangkap Tikus

Perangkap memang efektif, tapi kalau ikut pengalaman saya, untuk permulaan memang efektif. Apabila sampai satu masa, tikus dah pandai dan tahu ini adalah perangkap, memang susah nak tangkap nanti. Mungkin tikus pun mempunyai kepandaian sendiri dan tahu apa itu perangkap dan lain-lain. Untuk perangkap ini, kami galakkan untuk anda gunakan yang INI.

Selalunya, hanya seekor dan 2 ekor sahaja yang makan perangkap ini, selebihnya, tikus dah tak akan masuk ke perangkap ini lagi. Untuk seterusnya, boleh gunakan gam tikus INI dan tangkap tikus yang ada. Apapun, cara ini tidak akan menyelesaikan maslah kalau tikus sudah membiak dirumah anda, apapun, ini adalah antara langkah yang baik untuk anda gunakan.

#3 Tangkap dan Warnakan

Kami tidak pernah gunakan teknik ini, tetapi ianya ada dikongsikan di tempat-tempat lain. Tangkap tikus melalui cara no 2 dan kemudian, beli cat warna terang seperti pink striking ataupun hijau terang. Masukkan tikus yang anda tangkap tadi ke dalam cat tersebut dan biarkan sehingga kering. Dah kering lepaskan. Mengikut mereka yang sudah menggunakan teknik ini, tikus akan lari dan tikus-tikus yang pernah menjadi kawan tikus yang kena cat ini akan ketakutan dan terus tinggalkan rumah. Kalau anda nak cuba boleh cuba dan jangan lupa beritahu keputusan di ruangan komen di bawah. Ada banyak pembaca yang nak tahu tentang cerita ini.

#4 Gunakan Bau Bauan

Saya pernah gunakan serai dan pandan untuk menghalau tikus tetapi ianya tidak efektif dan tidak menyelesaikan masalah yang ada. Anda boleh cuba dan gunakan, tetapi, 3 cara yang kami berikan ini adalah antara yang terbaik untuk anda, terutamanya cara no 3. Kalau nak guna jugak, kami rekemen yang INI.

#5 Bersihkan Rumah

Ini adalah antara cara yang efektif lainnya iaitu bersihkan rumah dan buat cucian yang berkesan untuk mengelak daripada tikus yang masuk. Rumah yang bersih memang dapat elak daripada tikus yang datang.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk halau tikus. Jangan lupa juga amalkan doa untuk halau tikus dan binatang berjangkit lainnya di bawah. Kita hanya berusaha dan seterusnya adalah keputusan yang maha esa.

Elak Daripada Tikus Bersarang

Kalau misalkata rumah anda memang mempunyai banyak tikus, kami galakkan juga untuk anda tukar mesin basuh dan peti ais kepada jenis yang baru. Jenis yang lama memang mempunyai masalah untuk membolehkan tikus masuk dan bersarang di dalam tempat tersebut. Kalau ada beli model yang baru, memang tiada masalah. Untuk itu, kalau anda nak shopping beberapa pilihan mesin basuh boleh tengok di SINI. Kalau anda mahukan pilihan peti ais berkualti pula boleh tengok di SINI.

Hadiah Hari Jadi buat Suami – No 2 Buat Lelaki Tersentuh

Ramai pasangan suami isteri yang berkahwin berpuluh-puluh tahun tetapi kaku dalam menzahirkan rasa kasih sayang. Ya, sememangnya perkahwinan dipenuhi dengan tanggungjawab tetapi ianya bermula dengan cinta dan kasih sayang. Namun persoalannya bagaimana mencipta kebahagiaan?Antara cara mencipta kebahagiaan antara suami isteri ialah dengan menghargai pasangan masing-masing.

Acapkali membuat kejutan kepada pasangan anda akan menjadikan kenangan yang terindah yang melebarkan senyumannya setiap kali terkenang. Waktu terbaik membuat kejutan iaitu pada hari kelahirannya. Bagi si isteri, walaupun kelihatan lelaki atau suami anda seorang yang maskulin, tegap, hebat, gagah, dan kuat. Namun, penghargaan sebegini amat bermakna dalam hidupnya. Oleh itu, jangan malu-malu atau berasa ragu untuk menghadiahkan sesuatu kepada suami anda pada hari jadinya.

Antara hadiah hari jadi buat suami ialah seperti set perfume. Anda boleh memilih aroma minyak wangi yang mampu menawan dan menggoda hati anda. Apabila suami anda memakainya, berikan pujian dan nyatakan bahwa anda amat menyukai bau minyak wangi tersebut agar si suami berasa selesa dan bahagia. Anda boleh memilih minyak wangi yang berjenama dan selesa dengan dirinya dan deria bau anda serta harga yang berpatutan. Antara perfume yang popular seperti Acqua Di Gio-Giorgia Armani, Safari-Ralph Lauren, Dark Blue-Hugo Boss, Cool Water(M)-Davidoff, Dunhill Desire (M)- Dunhill, Dexandra, dan sebagainya. Boleh tengok pilihan perfume terbaik yang ada di SINI.

Selain itu, anda juga boleh menghadiahkan gadget seperti tab, i-pad, atau i-phone baru terutamanya yang berjenama seperti yang dia gemari. Suami anda juga mungkin menggemari accessories kereta. Sesekali belanja suami accessories kereta seperti sport-rim dan spoiler pasti akan menyentuh jiwa mereka. Sememangnya setiap manusia suka dihargai. Memahami minat si suami dan menghadiahkan mereka seperti apa yang mereka gemar seolah-olah simbol sokongan kita terhadap minat suami. Kami cadangkan untuk anda tengok barangan gadjet di SINI.

Hadiah yang juga kebiasaannya dihadiahkan kepada lelaki iaitu pakaian. Lelaki memang tidak begitu cakna dengan pakaian. Bagi mereka,asal cukup pakai, bersih, dan kemas. Namun, tidak bagi wanita yang sentiasa sukakan kecantikan, kelainan, dan perubahan. Wanita bukan sahaja suka menjaga dirinya, malah imej diri suaminya juga. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada lelaki yang juga gemar menggayakan diri mereka mengikut trend semasa atau mengenakan pakaian berjenama seperti Levis, Polo, Calvein Klein, Hugo Boss dan banyak lagi. Lelaki akan merasakan diri mereka disayangi dan diberi perhatian apabila isterinya sentiasa mementingkan imej dirinya dan menjaga pakaian mereka. Bertambah-tambah lah rasa sayang si suami kepada anda.

Anda kenal suami anda. Sekiranya suami anda gemar bersukan seperti bermain bola sepak, badminton, rugby, bola keranjang, dan tennis, anda boleh menghadiahkan suami anda kelengkapan sukan. Kali ini mungkin boleh membeli kelengkapan yang lebih mahal dan berkualiti. Anda bukan sahaja menonjolkan kasih sayang kepada suami tecinta tetapi juga mengurangkan bebanan mereka. Hal ini kerana, barang yang berkualiti lebih tahan lama dan suami boleh menggunakan barangan tersebut lebih lama. Anda boleh ke kedai Al-Ikhsan yang terkenal dengan kedai peralatan sukan atau juga mendapatkannya melalui online sahaja.

Akhir Kata, layan lah suami anda seperti kanak-kanak pada hari lahirnya dengan memenuhi segala impian dan kemahuannya. Pasti kebahagiaan mampu dicipta dalam rumahtangga anda. Sekiranya kita mahu dibahagiakan, kita perlu membahagiakan. Walaupun hadiah hanya lah simbol materialistik tetapi ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penerimanya. Jangan dilupa juga untuk mengukur baju dibadan sendiri. Beli lah hadiah yang sesuai dengan sumber kewnagan yang ada. Sekiranya tidak cukup, besederhanalah dan raikan lah hari lahir suami anda dengan memasak makanan yang terbaik buatnya atau melakukan apa sahaja yang menyenanginya.

Harga Mesin Pengering Pakaian – Tak Perlu Ke Dobi Lagi

Sekarang ini semua memang nak cepat dan ringkas. Kalau dulu, mesin basuh semi automatik tu sudah mencukupi, tetapi kena lagi tambah dengan mesin basuh yang fullly automatik, barulah kain yang ada di rumah tu cepat kering berbandin dengan menggunakan mesin yang semi auto tu. Tetapi sekarang ini, walaupun sudah menggunakan mesin fully auto ini, keperluan untuk menggunakan alat pengering tetap ada. Kali ini, kami akan memberikan harga mesin pengering pakaian terbaik yang ada di pasaran.

Untuk info, mesin pengering rambut ini tidak dijual di semua kedai-kedai elektrik. Kalau ada pun tak ada banyak pilihan sangat berbanding dengan mesin basuh. Kalau washing machine ini memang ada banyak permintaan. Apapun, boleh dapaktan harga mesin basuh yang ada di sini. Kalau anda mahukan alat pengering ini, berikut adalaha antara beberapa pilihan yang ada.

Pilihan Terbaik Mesin Pengering Baju

Seperti yang kami katakan sebelum ini, alat pengering ini memang tidak terdapat di kedai-kedai elektrik dan kalau ada pun, tidak banyak pilihan yang anda ada. Untuk itu, antara pilihan yang paling kami rekemen untuk anda dapatkan dan gunakan adalah untuk lihat apa yang kedai online tawarkan.

Kedai online seperti Lazada menawarkan pelbagai jenis pakaian pada harga yang berbeza-beza pada harga yang terbaik dan mampu untuk anda miliki. Yang penting adalah untuk anda lihat sendiri pilihan yang ada dan kalau kena dengan harga yang anda mahukan, lebih mudah untuk anda membuat pembelian.

Untuk itu, kalau anda nak survey harga barangan ini, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang. Tengok apa pilihan yang ada ini dan kalau berbaloi, boleh terus membuat pembelian;

1 Kami Paling Rekemen Jenama Haier Ini – Nak Tahu Harga boleh KLIK Untuk Info Lanjut

2 Ini Alternatif lain – Jenama Media Terbaik

3 Nak lebih banyak pilihan – tengok apa yand ada di kedai online

Memang banyak pilihan yang ada untuk pengering baju daripada pelabgai jenama. Setakat artikel ini ditulis, range harga untuk alat ini adalah dalam linkungan RM700 sehingga ke Rm1000, anda sudah boleh mendapatkan satu alat ini dengan jenama yang baik dan kapasiti yang berbaloi. Kalau memang anda memerlukan alat ini untuk kuantiti kain yang banyak, boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Bila Nak Gunakan Alat Ini?

Saya gunakan alat ini ketikan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Terutama dalam keadaan yang kerap hujan. Kalau anda duduk di pantai timur semenanjung, memang bagus ada mesin ini kerana pakaian anda akan lebih cepat kering. Ianya akan sangat diperlukan ketika musim hujan yang kerap pada tengah hari dan petang, masa tu, memamgn kain pun lambat la nak kering dan kalau ada alat ini, lagi cepat urusan menjemur.

Tidak dinafikan yang anda boleh ke dobi layan diri dan keringkan pakaian anda di situ, tetapi kalau memang anda kerap ke sana, kan lebih baik ada alat ini dirumah, lagi senang dan lagi cepat pakaian anda nak kering. Kalau ada alat ini, tidak perlu ke dobi layan diri lagi, buat sendiri daripada basuh baju dengan mesin basuh dan jemur pun dengan alat ini semuanya dirumah anda. Bagi saya, ianya adalah pilihan yang sangat berbaloi.

Ada Kesan Tidak Baik Ke?

Yang ini masih menjadi persoalan lagi. Apapun, menjemur menggunakan mesin ini ada kemungkinan yang pakaian anda tidak akan tahan lama. Ianya menggunakan haba dalam pengeringan dan ada kemungkinan yang pakaian anda tidak dapat bertahan lama daripada biasa. Nasihat saya, tidak perlu gunakan alat ini terlalu kerap dan gunakan alat ini untuk baju yang betul-betul anda nak kena cepat gunakan. Sebagai contoh, pakaian anak, pakaian ke pejabat dan lain-lain yang anda perlukan cepat.

Kalau gunakan alat ini, penggunaan alat elektrik pun akan meningkat dengan banyak berbanding dengan penggunaan biasa. Tetapi kalau ianya bebaloi, apa salahnya gunakan ini untuk keringkan baju anda.

Inilah antara beberapa mesin pengering baju terbaik yang ada di pasaran sekarang. Sekali lagi, ianya tiada di jual di kedai-kedai elektrik berdekatan, nak pilihan terbaik, Lazada adalah tempat untuk anda dapatkan.

 

5 Persiapan Sebelum Kahwin Bagi Perempuan – No 2 Sangat Penting

“Saya akan berkahwin…” amat mudah dilafaz tetapi tidak semudah ABC untuk memahami makna sebuah perkahwinan. Anak-anak muda sekarang belum habis SPM sudah sibuk merancang nak kahwin. Oleh sebab itu, kahwin ni perlukan perancangan dan persiapan. Apabila sebut sahaja persiapan, orang akan bayangkan katering, khemah, “goodies”, baju, dan sebagainya yang kebanyakannya bersifat material sahaja. Bakal pengantin lelaki pula akan sibuk bekerja mencari duit hantaran. Ada yang 10,000, 15,000, dan tak kurang berpuluhan ribu. Semuanya bergantung pada kemampuan dan niat masing-masing.

Pada masa yang sama, pengantin perempuan juga perlu membuat persiapan sebelum kahwin. Antara persiapan yang perlu dilakukan sebelum kahwin bagi perempuan ialah menambah ilmu agama dan ilmu perkahwinan. Ilmu agama dan perkahwinan amat penting dan menjadi sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. Hal ini kerana kebahagiaan takkan mampu dicapai hanya bergantung pada cinta antara manusia semata-mata melainkan cinta itu disandarkan pada Allah swt.

Apa Persiapan Yang Penting – Tengok Tips Ini

#1 Bagi seorang wanita, anda boleh membaca buku-buku tentang wanita solehah, ibu mithali, dan sebagainya. Sebagai contoh buku Bercinta hingga ke Syurga tulisan Nik Raihan, Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal dan Pedoman Mendidik Anak-anak dalam Islam hasil karangan Nasikh Ulwan. Selain itu, banyak juga ceramah-ceramah agama tentang ragam perkahwinan di You Tube seperti ceramah Ustazah Norhafizah Musa , Syamsul Debat, dan Ustaz Kazim. Hal ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan tetapi juga membetulkan niat perkahwinan kita.

#2 Persiapan kedua iaitu mengambil tahu tentang tahap kesihatan diri dan tips-tips kesihatan diri. Ramai dalam kalangan wanita yang kurang mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri terutamanya tentang kesihatan reproduktif. Wanita perlu ambil tahu tentang kitaran haid dan waktu subur anda. Adakah normal atau sebaliknya? Sekiranya anda menghidap keputihan atau sebarang masalah, sebaiknya merujuk doktor lebih awal supaya anda tidak terlewat menyelesaikan masalah kesihatan diri sebelum menempuh suasana yang baru. Sebahagian wanita sudah mula mengambil folic acid beberapa bulan sebelum perkahwinan kerana keinginan untuk mempunyai anak dengan cepat. Folic Acid boleh membantu menguatkan rahim disamping memudahkan mengandung. Wanita juga boleh mengamalkan beberapa amalan tradisional untuk kesihatan dalaman seperti habbatussauda’, kurma, minyak kelapa dara, minyak zaitun, dan madu supaya kekal sihat dan awet muda walaupun sudah berumahtangga.

#3 Seterusnya, para wanita perlu peka dengan berat badan sendiri. Kadangkala, waktu hampir-hampir majlis perkahwinan, berat badan semakin naik. Hal ini akan menyebabkan berat badan tersebut akan terus menaik kerana kebiasaannya selepas perkahwinan, hormon antara lelaki dan perempuan akan berubah dan mengambil masa untuk serasi. Begitu juga dengan rutin harian seperti waktu dan kuantiti makanan berubah. Tidak hairan lah kalau ramai para isteri merungut kenaikan berat badan selepas berkahwin. Oleh sebab itu, wanita perlu kekal menjaga kecantikan diri dengan bersenam dan mengambil pemakanan yang seimbang. Suami anda mempunyai hak untuk melihat anda sentiasa kelihatan cantik dan menawan.

#4 Selain itu, para anak dara perlu belajar menguruskan diri sendiri seperti memasak, mengemas, membasuh baju, menjahit dan sebagainya. Sekurang-kurangnya anda mampu memikat perut suami anda. Pasti kasihnya hanya tertumpah untuk anda dan keluarga tersayang. Anda boleh belajar memasak makanan kegemaran bakal suami atau keluarga mentua. Lebih-lebih lagi yang berlainan budaya seperti yang berasal dari utara dan pantai timur. Menjahit pula, kalau pun tak pandai nak jahit baju kurung atau baju Melayu, sekurang-kurangnya pandai nak jahit baju yang terkoyak. Kemahiran-kemahiran ini amat penting supaya rumahtangga menjadi mudah dan terurus.

#5 Persiapan lain seperti membantu mencari sumber kewangan. Kebiasaanya orang perempuan berfikiran, tanggungjawab mencari duit untuk kahwin ini adalah tanggungjawab lelaki. Namun, pada hakikatnya perempuan boleh turut serta bersama-sama sekiranya berkemampuan. Sekurang-kurangnya boleh bantu meringankan beban ayahanda dan keluarga. Keadaan ekonomi yang serba kekurangan zaman ini, susah sekiranya orang perempuan terlalu berkira dan memanjakan diri. Maka, bantu lah bakal pasangan dan keluarga anda. Sesungguhnya saling memahami dan sanggup berkorban itu lah nilaian sebuah cinta sejati.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi para pembaca. Akhir sekali jangan lupa untuk membuat solat hajat bagi kaum muslimin agar segalanya dipermudahkan dan mendapat keberkatan hingga ke syurga. Tips-tips ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh kaum wanita yang sudah merancang mendirikan rumahtangga tetapi juga yang belum bertemu jodoh. Moga jika anda mempersiapkan diri anda, Tuhan akan hadirkan jejaka idaman buat anda.

6 Tips Bajet Kahwin 10k – No 1 & 2 Paling Penting!

Kahwin ini bukannya benda yang mudah dan boleh dipandang enteng. Antara perkara yang memeningkan untuk majlis perkahwinan adalah belanja dan hantaran yang perlu untuk dikenakan. Disebabkan sekarang ini pun, harga barangan yang dikenakan adalah tinggi, kenaikan harga barang lagi, bajet yang ada memang sangat perlu untuk anda gunakan.

Seteleh mencuba bermacam-macam cara, juga pengalaman daripada ramai orang, ini adalah cara terbaik dan praktikal untuk majlis perkahwinan dengan bajet RM10k. Ya, dengan RM10000 ini, anda sudah boleh menikahi pasangan yang anda inginkan, apapun, semua bergantung kepada masing-masing. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih rendah seperti RM5k, RM7k pun tidak mengapa kerana tips ini akan sangat membantu anda untuk berjimat.

Apa Yang Perlu Anda Tahu

Untuk majlis perkahwinan ini, selalunya yang akan tertekan adalah pihak lelaki. Saya memahami perasaan anda kerana anda memang kena mengeluarkan belanja yang besar. Silap-silap kena buat personal loan lagi untuk majlis perkahwinan anda. Jadi, kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting untuk buat majlis simple yang menelan belanja yang kecil kurang daripada 10K. Biarlah orang nak kata apa, asalkan majlis yang tidak membazir ini mendapat keberkatan daripada yang maha Esa. Kalau buat majlis besar-besar sampai kena buat personal loan tu, nanti bukannya pengkritik anda nak bayar semua tu. Buat simple dan pedulikan apa orang kata!

  • Hantaran : RM4k
  • Majlis Perkahwinan : Simple dan ajak rakan terdekat RM10 x 100 = RM1k
  • Sewa Khemah Dan Kerusi : RM800
  • Baju Pengantin dan Sampin : RM600 untuk 2 pasang baju
  • Kad Jemputan : 100 x RM1 = RM100
  • DoorGift : RM2 x 100 = RM200
  • Dulang Hantaran : Rm500

Jumlah Perbelanjaan = RM7200 Genapkan Jadi RM8k untuk kepeluan yang mendesak.

Hantaran

Ini yang anda perlu bincangkan dengan pihak bakal isteri kerana ianya yang menentukan bajet anda. Ada jenis keluarga perempuan yang memandang jumlah hantaran ini, ada yang tidak. Jumlah inilah yang menentukan sama ada perbelanjaan anda itu berbaloi ataupun sebaliknya. Sekarang ini RM10k ini adalah biasa, tetapi kalau boleh dirunding, cuba untuk runding dengan harga yang lebih murah lagi. Kalau bab hantaran ini anda tidak kisah, tak mengapa, apapun, benda yang masih boleh dirunding ini, cuba dulu runding sehingga dapat kata putus.

Jumlah hantaran akan menentukan jumlah bajet yang anda boleh keluarkan. Kalau hantaran tidak berapa besar, anda boleh salurkan bajet anda ke tempat lain. Ini khusus untuk lelaki sahaja. Kalau untuk perempuan, tips-tips lain di bawah akan membantu untuk berjimat.

Majlis Perkahwinan

Catering adalah antara item yang menelan belanja yang besar selepas hantaran. Kalau majlis yang simple tu, memang tidak akan menelan belanja yang besar. Kalau jemput ramai orang, tiada pilihan lain kerana anda memang kena keluarkan belanja yang besar. Kalau misalkata keluarga masih ingin mahukan majlis yang besar, cuba runding untuk anda dapatkan duit “salam keruk”. Perbelanjaan ini semua anda yang tanggung dan duit salam keruk itu pun anda cuba untuk dapatkan. Kalau dapat runding ini, tiada masalah untuk buat majlis yang besar sikit.

Kalau tak tu, buat yang simple pun tak apa. Jemput jiran dalam taman dan keluarga terdekat. Jemputan tak banyak, kos pun kurang.

Sewa Khemah Dan Kerusi

Ini anda boleh cuba deal dengan pemilik kanopi ataupun caterer biasanya akan mempunyai pakej ini. Cuba buat quotation untuk majlis anda dan lihat yang mana yang paling berbaloi berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Baju Pengantin dan Sampin

Nak lebih berbaloi, cuba dapatkan 1 jenis pakaian sahaja. Haha, kalau ada bajet lebih baru buat 2 jenis pakaian. Apapun masih terpulang kepada budi bicara anda dan yang mana yang paling berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

Dulang Hantaran

Bergantung kepada apa yang anda cari, boleh tengok SINI untuk tips hantaran yang murah dan bajet. Dari situ anda tahu yang mana yang bersesuaian dan juga tempat untuk anda mendapatkan barangan yang anda mahukan. Ada beberapa alternatif untuk mendapatkan pelbagai barangan ini di pasaran sekarang ini.

Doorgift Murah

Item lain adalah doorgift murah yang anda boleh dapatkan beberapa idea di SINI. Sekarang ini ada bermacam-macam doorgift yang anda boleh dapatkan pada harga yang murah. Dari situ boleh lihat yang mana yang berbaloi dengan anda.

Inilah antara beberapa tips untuk dapatkan bajet kahwin RM10k dan ke bawah. Memang ada beberapa item yang saya highlightkan untuk kurangkan bajet anda. Apapun, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan bajet yang anda inginkan. Appaun, boleh fikir dulu yang mana yang bersesuaian dengan anda.