Skip to main content

Peti Sejuk Tak Sejuk – Apa Nak Buat?

Memang sampai satu masa akan terjadi juga peti sejuk tak sejuk dan ianya pernah terjadi kepada saya. Apabila jadi seperti ini, memang tidak banyak pilihan yang ada dan diantaranya adalah untuk mencari jalan agar situasi yang sama tidak berulang. Memang dah cuba macam-macam tapi masih tak jalan, jadi, pada kali ini kami ingin berikan beberapa tips kepada anda agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Apabila jadi pada saya sendiri, memang makanan jadi busuk kerana peti ais yang tidak sejuk dan ianya memberikan kesan kepada telur dan daging yang disimpan di dalam peti. Memang merana, tapi nak buat macam mana bila ianya terjadi, kenalah sabar dan tahan. Disebabkan oleh apa yang terjadi ini, ada beberapa tips dan pengajaran yang saya telah pelajari dan ingin dikongsikan kepada anda semua.

Ikuti Langkah-Langkah Ini

#1 Peti Ais anda sudah lebih daripada 5 tahun? Jika belum dan masih ada warranty, call cepat-cepat dan dapatkan warranty. Kalau dah tak ada warranty tu, memang tiada pilihan lain, cuba repair dan hantar ke kedai. Tetapi, kalau dah lebih 5 tahun tu, memang anda kena sedar yang ianya sudah sampai masa kena tukar. Memang barangan elektrik ini mempunyai jangka hayat sehingga 5 tahun, dan kalau boleh bertahan lebih lama ini, anggaplah ianya bonus.

Kan mahal kalau nak beli baru? Memang saya pun sendiri mengalami kenaikan harga barang dan lain-lain. Tetapi kalau membabitkan keperluan asas seperti peti sejuk ini, memang kena ambil langkah yang drastik. Kalau mahal, tengok harga peti sejuk Ini, anda mesti tak percaya.

#2 Servis Secara Kerap – Tukar Air dan Bersihkan Pelti Ais Anda. Memang peti ais adalah alat yang berjalan tanpa berhenti. Cuba lakukan dalam setahun sekali, anda off peti ais anda selama beberapa jam dan ambil masa tersebut untuk mencuci dan berikan servis anda kepada alatan tersebut. Basuh cantik-cantik dan buang segala air yang bertakung, lepas anda lakukan semua ini, barulah peti ais anda jarang buat hal dan boleh bertahan lebih masa.

#3 Panggil Orang Datang Betulkan. Mungkin ada masalah dengan kopressor, mungkin juga piping, mungkin juga perkara-perkara lain yang berlaku. Kalau anda bukan seorang yang pakar dalam bab ini, dariapda anda cuba meneka apa masalah yang terjadi dengan alat ini, lebih baik panggil tukang betulkan untuk periksan dan berikan rekemendasi berdasarkan kepada kepakaran beliau. Memang dalam masa beberapa minit sahaja, memang tukang betulkan peti ais ini sudah dapat tahu apa masalah yang melanda peti sejuk anda.

>>KLIK Untuk Pilihan Peti Ais Murah<<

Banyak Pilihan Yang Ada Sekarang

Sekarang ini memang ada banyak pilihan yang ada dan dari segi harga pun tidaklah terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Disebabkan itu, harga peti ais ini tidaklah terlalu mahal dan meruapakan satu keperluan pada masa ini. Boleh dikatakan yang jenama yang ada sekarang ini sangatlah berbaloi dengan harganya. Satu rumah paling kurang satu peti ais merupakan antara item penting dan keperluan masa kini.

Jadi, ini adalah antara step ataupun langkah yang anda perlu lakukan kalau alatan peti sejuk anda tidak sejuk. Harap dan membuat pilihan yang betul dan kami memang sarankan kalau umur peti ais ini sudah lebih daripada 5 tahun, memang kami sarankan untuk anda dapatkan yang baru.

Leave a Reply