Skip to main content

5 Petua Halau Semut – Cara Semulajadi dan Racun Perosak

Kali ini kami nak berikan tips dan teknik petua halau semut tanpa menggunakan racun dan juga menggunakan racun serangga. Antara banyak perkara yang menghantui rumah anda adalah apabila ada banyak semut dan tikus yang datang ke rumah dan setelah menggunakan pelbagai cara pun masih tidak berkesan. Khas untuk anda, kali ini, kami berikan beberapa tips penting sebagai cara dan langkah yang paling berkesan untuk menghalau semut daripada terus datang.

Ianya meninggalkan kesan apabila makanan yang anda letak di atas meja terus sahaja dimasuki semut. Kalau perkara macam ni jadi, memang anda perlukan tips dan lakukan sesuatu untuk elak daripada semut yang sentiasa ada dan tak pernah hilang. Kalau anda stress sebab semut, percayalah, jangan stress kerana ada banyak lagi benda yang memerlukan perhatian anda, amalkan beberapa tips ini dah lihat sendiri kesannya.

#1 Gunakan Cuka

Untuk pengetahuan anda, cuba gunakan cuka untuk elak daripada semut. Semut ini memang tak suka dengan bau cuka yang kuat dan ini akan menyebabkan mereka lari. Caranya mudah, dapatkan botol spray seperti INI dan campurkan cuka dan air. Gunakan portion cuka 90% dan air 10% untuk campuran ini. Dah siap campur? Boleh semburkan di tempat laluan semut dan tempat-tempat yang sering menjadi kunjungan semut. Lakukan ini secara konsisten selama beberapa hari dan anda akan dapat lihat kesannya nanti.

Jangan lupa yang anda boleh dapatkan cuka di SINI.

#2 Serbuk Kopi

Untuk pengetahuan anda, serbuk kopi mempunyai bauan semulajadi yang kuat. Selain meninggalkan aroma yang nyaman, ianya juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Selain daripada cuka, anda juga boleh menggunakan serbuk kopi dan letak di laluan semut. Tips ini mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama untuk anda aplikasikan. Cuba amalkan tips ini secara konsisten dan anda akan dapat lihat hasilnya dalam beberapa hari. Boleh gunakan cara ini kalau memang rumah anda dihantui semut dan sentiasa penuh dengan semut yang banyak.

#3 Kayu Manis dan Bunga Cengkih

Untuk yang ini, saya selalu campurkan dalam bekas gula kerana semut ini, pantang bekas gula terbuka sikit je, dah banyak semut yang masuk. Nampak perubahan bila masukkan kayu manis dan bunga cengkih ini, mulai tidak banyak semut yang datang. Sama seperti serbuk kopi dan juga cuka, anda boleh menggunakan campuran rempah ini dilaluan semut dan juga tempat di mana semut suka “melepak”. Anda akan nampak hasilnya mulai ketara setelah menggunakan tips ini.

#4 Semburan Serai

Semburan serai ini bukan sahaja menghalau tikus, semut pun turut terkesan. Semburan apa? Saya maksudkan dengan semburan yang INI. Ianya mempunyai bau-bauan serai yang kuat dan memang bau-bauan ini tidak disukai oleh semut. Boleh cuba sendiri dan kalau anda malas nak menyediakan rempah seperti yang saya sebutkan di atas ini, boleh cuba tips ini. Cuba dapatkan satu dan lihat hasilnya sama ada ianya betul-betul berkesan ataupun sebaliknya.

#5 Daun Pandan Dan Aroma Wanginya

Daun pandan merupakan tumbuhan semulajadi yang mempunyai aroma yang wangi. Tetapi ianya tidak disukai semut. Menarik kan. Boleh masukkan daun pandan ini dalam bekas gula agar gula anda manis dan berbau wangi. Satu lagi, boleh juga letakkan di tempat laluan semut agar semut tidak datang lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk menghalau semut yang ada dan 5 tips ini adalah antara tips yang paling praktikal yang anda boleh gunakan. Boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya. Yang penting adalah anda gunakan tips ini untuk dapatkan bau dan aroma yang menarik.

Leave a Reply