3 Petua Lembutkan Daging Cepat

Pada kali ini, kami akan berkongsi beberapa cara ataupun petua lembutkan daging. Ianya adalah tips berguna untuk anda kalau anda nak lembutkan daging yang anda masak. Harapnya, dengan adanya tips ini, ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk memasak makanan dengan lebih cepat.

Ada banyak cara yang anda boleh gunakan untuk lembutkan daging ataupun memasak daging dengan pantas dan cepat. Cara yang akan kami kongsikan ini adalah cara yang telah kami lakukan sendiri dan mendapat sukses. Diharap, anda pun boleh aplikasikan tips-tips yang bakal kami kongsikan ini dan anda mendapat manfaat daripada perkongsian pada kali ini.

Tips atau petua lembutkan daging

Petua pertama adalah dengan menggunakan getah betik.

Getah betik memang dikenali sebagai petua utama dan apa yang berlaku adalah, hasil tindakbalas kimia antara getah betik dengan daging menyebabkan daging lebih cepat empuk. Caranya, anda rebus dahulu daging yang anda mahu makan untuk satu tempoh yang tidak terlalu lama. Peram daging tersebut dengan getah betik selama satu jam, dan masak makanan yang anda mahu makan. Tidak susah dan kami percaya teknik ini sangat efektif untuk melembutkan sama ada daging kambing ataupun daging lembu.

Apalagi, cuba gunakan tips ini dahulu sebelum anda guna teknik yang lain. Saya dah cuba, kalau anda tidak cuba, macam mana nak tahu berjaya ataupun tidak kan.

Petua kedua adalah dengan menggunakan periuk tekanan

Periuk tekanan ini boleh dikatakan sebagai satu periuk ajaib. Kalau biasa anda mengambil masa untuk empukkan daging selama 1 jam, dengan periuk tekanan ini, tempoh untuk empukkan daging hanya 10 minit. Betul, kalau tak percaya boleh cuba, hanya dalam 10 minit, daging yang anda letak sudah boleh empuk. Daging sahaja ke? Selain daripada daging, anda juga boleh gunakan periuk tekanan untuk pelbagai tujuan lain. Antaranya adalah anda boleh masak nasi. Tempoh untuk masak nasi dipendekkan menjadi 10 minit sahaja.

Ianya adalah periuk ajaib yang sangat berbaloi. Kalau anda gunakan getah betik, tidak selalu anda akan jumpa dengan daun betik terutama kalau tinggal di bandar. Periuk tekanan adalah antara alternatif terbaik yang ada di pasaran untuk mempercepatkan anda memasak dan sebagai petua lembutkan daging terbaik di pasaran. Kami memang sarankan anda untuk ada periuk ini satu di rumah untuk memudahkan anda memasak. Tak tahu nak pilih periuk tekanan apa, jangan bimbang, anda boleh ke SINI untuk melihat review daripada kami untuk beberapa periuk tekanan terpilih di pasaran.

Petua Ketiga adalah dengan teknik pemotongan yang berkesan

Dengan hanya menggunakan teknik pemotongan yang berkesan, anda sudah boleh menjimatkan waktu memasak makanan yang anda mahukan. Dengan syarat, pemotongan anda mestilah nipis agar luas permukaan yang terdedah lebih banyak. Dengan itu, lebih cepat kalau anda memasak makanan yang sebegini.

Ianya adalah tips terbaik dan kalau ikutkan pengalaman kami, anda tidak perlu untuk rebus daging pun, hanya sekadar masak seperti biasa pun sudah memadai, tidak percaya, anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Lembutkan Daging Sampai Empuk

Siapa yang nak makan daging yang liat dan susah untuk dimakan. Untuk itu, kalau ada daging yang empuk atau tips untuk empukkan daging ini memang memberikan kelebihan kepada anda, lagilah kalau anda dapat jimatkan masa untuk empukkan daging dengan periuk tekanan. Semuanya jadi pantas.

Apapun, terpulang kepada anda, cuba lakukan tips-tips yang kami cadangkan ini dan insyaAllah anda akan lihat hasilnya nanti.

Leave a Reply