Skip to main content

6 Senarai Semak Persiapan Perkahwinan – No 3 Paling Penting

Perkahwinan merupakan sesuatu yang besar dalam hidup dan ianya memang memerlukan persiapan yang rapi dan teratur. Bergantung kepada anda, anda boleh melakukan majlis perkahwinan anda dalam keadaan yang simple dan mudah ataupun tiada masalah juga untuk melaksanakan majlis yang unik bagi anda ini dalam keadaan yang serba lengkap.

Perlu diingatkan yang, walaupun majlis perkahwinan anda serba mewah, ianya tidak menjanjikan kebahagiaan semasa perkahwinan. Untuk perkahwinan yang bahagia itu memang memerlukan lebih daripada jumlah hantaran yang besar ataupun majlis yang serba mewah. Apapun, pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips penting berkenaan dengan senarai semak persiapan perkahwinan anda dan diharapkan ianya memudahkan urusan anda dalam melaksanakan perkahwinan.

“Tanda Kebahagian Itu Pada Hubungan Yang Baik, Bukan Pada Hantaran Tinggi Melangit”

 

Apa Yang Anda Perlu Buat

#1 Bajet Kahwin

Untuk lelaki, sebelum meminang anak orang tu, kena tahu dahulu bajet anda yang patut kena ada. Kalau nak ikutkan yang benda ini pun masih boleh dibincangkan bersama dengan pasangan anda terutama dalam bab hantaran. Kalau hantaran anda RM20k, mungkin agak sedikit pening pihak lelaki nak cari duit untuk dapatkan barang hantaran ni. Apapun, boleh baca artikel saya yang panjang lebar di SINI berkenaan dengan bajet kahwin RM10k. Anda juga boleh lakukan perkara yang sama.

Apapun, kena sedikit demi sedikit kumpul duit anda untuk kahwin. Barulah mudah dan tidak terlalu stress di kemudian hari.

#2 Kursus Kahwin

Kalau yang sudah pernah mengikuti kursus perkahwinan ini, boleh tinggalkan yang ini. Kepada yang belum, boleh ke pejabat agama terdekat untuk dapatkan info berkenaan dengan kursus kahwin di tempat anda. Sekarang ini, kursus kahwin adalah wajib dan meruapakan satu perkara yang mesti anda lakukan sebelum berkahwin.

#3 Urusan Nikah dan Prosedur Berkaitan

Kalau pasangan anda dalam negeri yang sama mudah sikit, tetapi kalau berlainan negeri tu, memang kena tahu detail yang berkaitan dengan urusan di negeri sana. Tanya secara detail apa yang diperlukan, saksi, borang semua kena lengkap untuk mudahkan urusan. Pernah terjadi perkahwinan tak dapat dijalankan kerana ada borang yang tidak lengkap. Untuk itu, lakukan semua benda termasuklah pemeriksaan HIV.

#4 Tempahan Dewan & Katering

Tarikh perkahwinan dan tempat untuk majlis pun adalah sangat penting untuk kelangsungan majlis anda nanti. Sama ada nak tempah dewan, hotel atau lain-lain, itu terpulang. Kalau boleh, tempah 6 bulan ataupun setahun awal untuk majlis anda. Kalau nak simple lagi, buat majlis di surau ataupun masjid sudah mencukupi.

#5 Barang Hantaran

Barang hantaran pun adalah antara item yang penting yang kena masukkan dalam list barangan perkahwinan anda. Bergantung kepada bajet yang anda ada, anda boleh berikan banyak pilihan hantaran sama ada hantaran untuk majlis pertunagan ataupun untuk majlis perkahwinan anda. Kalau tak tahu nak berikan apa untuk majlis perkahwinan sebagai hantaran tu, boleh lihat beberapa idea yang ada di SINI untuk hantaran anda. Untuk hantaran, pilihlah yang berbaloi dan barangan yang anda boleh gunakan selepas kahwin seperti

#6 Doorgift Perkahwinan

Ini tidaklah wajib tetapi kalau ada lagi bagus sebagai salah satu cenderahati kepada tetamu yang hadir. Seperti katering, doorgift ini memang memakan belanja yang agar besar. Cuba bayangkan kalau satu doorgift itu RM2, dan anda mempunyai 1000 tetamu, ianya sudah menelan belanja RM2000 untuk doorgift sahaja. Apapun lihat kepada bajet anda dan kalau anda nak cari idea untuk cenderahati majlis anda, boleh tengok apa yang ditawarkan di SINI.

Ini adalah antara senarai semak ringkah untuk persiapan majlis perkahwinan anda. Ianya bukan dalam bentuk PDF tetapi cukup untuk memberikan input kepada anda tentang perkara yang betul-betul penting dalam majllsi anda nanti. Dalam banyak-banyak item ini, yang no3 iaitu urusan nikah dan prosedur memainkan peranan yang sangat penting. Kalau tersilap, boleh jadi majlis anda terus terbatal. Berikan lebih perhatian dalam aspek itu terutama kalau bakal pasangan anda berlainan negeri.

Apapun, selamat menjadi ataupun menjadi pengantin.

Leave a Reply