Skip to main content

Lipas Dalam Kereta – 3 Cara Mudah Untuk Tangkap

Sesiapa yang allergik dengan lipas tu, memang tidak akan selesa kalau ada lipas yang ada dalam kereta. Lagila kalau lepas basuh kereta dan gunakan rawatan bakteria pun, lipas masih berkeliaran lagi dan setelah mencuba bermacam-macam cara pun, tetap masih ada dan siap beranak pinak lagi lipas-lipas ni dalam kereta.

Jadi, pada artikel kali ini, kami terpanggil untuk memberikan kepada anda beberapa tips penting untuk cara halau lipas dalam kereta agar tidak beranak dan mengurangkan jumlah lipas yang ada. Harap 3 tips yang akan kami kongsikan ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk menghilangkan jumlah lipas yang ada dalam kereta. Ianya tidak susah dan memang anda boleh lakukan dengan mudah.

Anda juga boleh membaca artikel kami berkenaan dengan cara halau tikus dan satu lagi cara bunuh tikus di sini.

Tips Untuk Hilangkan Lipas Dalam Kereta

Boleh amalkan beberapa tips ini untuk memudahkan anda menghalau lipas. Ini adalah 3 cara ataupun tips untuk elak daripada lipas yang datang dalam kereta. Saya sendiri telah mencuba teknik ini dan lihat ianya berkesan untuk mengurangkan jumlah lipas yang ada di dalam kereta.

#1 Pastikan Kereta Sentiasa Bersih

Ini memang salah satu tips yang penting dan memang anda kena pastikan yang kereta yang anda naiki itu sentiasa bersih dan kemas. Kalau malas nak basuh kereta sendiri tu boleh ke car wash berkdekatan. Untuk kereta, pastikan yang anda lakukan pembersihan berkala seminggu sekali ataupun boleh gunakan vacuum ataupun car vacuum cleaner sebulan sekali. Kalau ada car vacuum cleaner ini lebih mudah dan cepat kerana anda boleh bersihkan bahagian dalam kereta dengan cepat dan berkesan. Boleh tengok pilihan vacuum kereta di SINI.

Yang paling penting untuk elak lipas adalah bahagian dalam kereta sentiasa bersih dan sentiasa di vacuum. Jangan lupa juga untuk anda gunakan antiseptik ataupun anti bakteria ini untuk dalaman kereta anda untuk memudahkan anda membersihkan kereta anda dan biar anda pun selesa dengan kereta yang anda gunakan. Alang-alang dah bersihkan bahagian dalam tu, bersihkan bahagian luar juga.

#2 Campuran Minyak, Marjerin dan Susu Sejat

Tips ini merupakan tips yang menjadi tular di internet satu ketika dahulu. Nak gunakan memang mudah dan tips memerlukan kos yang banyak. Hanya minyak, marjerin dan susu sejat dan satu lagi adalah bekas untuk memasukkan kesemua bahan ini. Nak gunakan tips ini, boleh gunakan tips di bahagian bawah ini;

1 Sediakan bekas, apa-apa bekas pun boleh untuk menakung minyak dan bahan-bahan lain.

2 Masukkan minyak sehingga ¾ daripada bekas tersebut, jangan terlalu penuh takut nanti tumpah semasa nak bawa ke dalam kereta nanti

3 Masukkan margerin satu sudu dan susu sejat serta gaulkan sehingga sebati

4 Masukkan dalam kereta, di mana-mana bahagian dan biarkan semalaman untuk anda lihat hasilnya sama ada terdapat lipas yang terperangkap ataupun sebaliknya.

Gunakan cara ini dan lihat hasilnya sama ada berkesan ataupun sebaliknya. Saya sendiri pun pernah gunakan tips yang viral ini dan lihat ada lebih kurang 30 lipas yang terperangkap termasuklah anak-anak lipas. Boleh gunakan tips ini kalau anda mempunyai masalah lipas yang serious dalam kereta.

#3 Gunakan Sabun Pencuci

Ini pun antara tips yang anda boleh gunakan dan ternyata berkesan. Beli satu serbuk sabun, kami rekemen jenama Fab Total dan biarkan terbuka dan lihat hasilnya.

Tak tahu kenapa lipas suka dengan sabun ini dan banyak pula yang mati. Apapun, boleh gunakan tips ini juga kalau anda tidak mahu ada lipas dalam kereta anda. Saya sendiri pernah cuba dan ianya berkesan.

Ini adalah beberapa tips penting untuk halau lipas yang berkeliaran dalam kereta. Cuba dan lihat hasilnya.