Skip to main content

Pokok Halau Nyamuk Untuk Rumah Anda

Nyamuk merupakan sejenis haiwan yang berbahaya. Nampak sahaja kecil tetapi membawa banyak kemudaratan kepada manusia. Banyak sangat wabak penyakit yang disebabkan oleh nyamuk ini yang telah menelan ribuan nyawa tidak hanya di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Kali ini, kami ingin membawakan kepada anda berkenaan dengan pokok halau nyamuk yang anda boleh gunakan di rumah anda ataupun tips lain untuk rumah anda.

Disebabkan oleh nyamuk yang membawa banyak kesan buruk ini, anda boleh gunakan tips ini untuk rumah anda dan harapnya, ianya akan mengurangkan lagi bilangan nyamuk yang hadir. Tanaman ini tidaklah menghalau nyamuk sepenuhnya, tetapi sedikit sebanyak mengurangkan bilangan nyamuk yang masuk ke dalam rumah anda.

Apapun, anda boleh juga membaca artikel berkenaan dengan cara untuk menghalau lipas dalam kereta di SINI dan cara untuk halau tikus di rumah di SINI.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sebelum kami pergi kepada beberapa jenis pokok yang ada untuk menghalau nyamuk, yang penting sekali adalah kena pastikan yang rumah anda dalam keadaan bersih dan tiada air yang bertakung. Ini penting sekali untuk elak daripada nyamuk terus membiak di dalam rumah anda. Walaupun ada pokok ini di dalam ataupun di luar rumah anda, ianya hanya mengurangkan, saya ulang sekali lagi MENGURANGKAN bilangan nyamuk yang ada. Ianya tidak menghilangkan nyamuk daripada rumah anda.

Kami masih menggalakkan untuk anda menggunakan ubat nyamuk daripada pelbagai jenis pilihan yang ada sekarnag ini untuk anda pilih yang mana yang paling berkesan dengan apa yang anda mahu dan gunakan. Boleh tengok SINI untuk pilihan ubat nyamuk yang anda gunakan.

Nyamuk Pembawa Virus

Banyak nyamuk yang memang membawa virus yang berbahaya seperti Virus Zika, Denggi dan lain-lain lagi.Memang mencegah itu jauh lebih baik daripada mengubati. Jadi, nasihat saya, cegahlah dan elakkan daripada nyamuk terus menghantui hidup anda. Salah satu cara yang efektif untuk mencegah nyamuk daripada terus bermaharajalela adalah dengan menanam pokok yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk. Nak tahu pokok apa yang ada? Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah ini untuk anda mendapatkan info lanjut.

Pokok Untuk Halau Nyamuk Secara Efektif

#1 Pokok Jerimin

Ini antara pokok yang didakwa paling efektif untuk menghalau nyamuk dan ramai yang memberikan testimoni keberkesanan pokok ini dalam menjalankan fungsinya menghalau nyamuk yang ada di rumah. Ianya mengurangkan nyamuk dan menjadikan rumah anda lebih selamat. Kalau memang kawasan rumah anda itu merupakan kawasan yang sering diserang denggi dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan nyamuk, apa salahnya untuk anda tanam pokok ini dalam dalam dan luar rumah anda kan?

Harap memang tak banyak nyamuk yang tinggal selepas itu, dan sekali lagi jangan lupa, gunakan ubat nyamuk semasa tidur walaupun anda sudah menggunakan pokok ini.

#2 Pokok Serai

Serai ini selain daripada masak, anda boleh juga guankan untuk menghalau nyamuk terutama dalam kuantiti yang banyak. Kalau tanam di kawasan rumah ini, boleh juga gunakan untuk memasak, boleh jimat sedikit perbelanjaan rumah anda kalau anda menggunakan pokok ini.

#3 Pokok Pandan

Pokok pandan memang mengeluarkan bau yang harum dan antara pokok yang bagus untuk menghalau lipas dan semut. Tapi tahukah anda, pokok pandan ini juga bagus untuk menghalau nyamuk terutama kalau anda tanam di luar rumah. Boleh amalkan untuk lihat keberkesanan pokok ini.

#4 Rose Geranium

Ini adalah antara pokok yang popular untuk halau nyamuk. Nak dapat tak susah, boleh pergi ke nurseri berdekatan dan tanyakan pokok ini kepada mereka.

Apapun, ini adalah antara 4 pokok yang sesuai untuk anda gunakan untuk halau nyamuk. Anda boleh buat pilihan dan pilih yang mana yang terbaik berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.