Skip to main content

Hiasan Dalaman Ruang Tamu – 6 Tips Penting!

Ruang tamu adalah satu ruangan atau bilik untuk kita menerima tetamu, membaca, menonton televisyen dan berbagai lagi aktiviti bersama keluarga. Selain itu, ruang tamu adalah tempat yang membantu kita berkongsi kisah keperibadian diri kita sendiri. Natijahnya dalam sesebuah rumah, ruang tamu adalah ruangan yang sangat penting kerana apabila selangkah tetamu kita masuk ke rumah ruang tamu adalah ruangan pertama yang mereka lihat dan memberikan persepsi tentang diri kita. Namun dengan kegawatan ekonomi masa kini, tidak dinafikan tidak semua orang mampu menghiaskan ruang tamu sesebuah rumah dengan perabut perabut mewah untuk menunjukkan ruang tamu yang mewah, cantik dan menarik untuk tatapan tetamu.

Sebenarnya ramai orang kita yang tidak tahu untuk menghias ruang tamu rumah kita tidak memerlukan perabut yang mahal dan banyak. Cukup dengan pemilihan warna yang dan perabut yang betul serta susun atur yang tersusun boleh membuatkan ruang tamu rumah kita itu kelihatan menarik dan cantik. Di artikel ini, saya akan memberi tips pemilihan warna dan perabut serta contoh susunan yang betul untuk menjadikan ruang tamu rumah kita menarik tertarik dan debom! 😀

Apapun, kali ini, kami akan berikan tips sesuai berkenaan dengan hiasan dalaman ruang tamu untuk kediaman anda.

Okay pertama dari segi pemilihan warna. Untuk mendapatkan kesan hiasan ruang tamu yang menarik serta bertenaga anda boleh memilih warna coklat, kuning ataupun peach. Kerana warna warna ini menimbulkan warna yang bertenaga serta mampu menambahkan lagi kasih sayang antara keluarga.

Untuk menimbulkan kesan yang sejuk, anda boleh memilih warna seperti biru ungu. Kerana warna warna ini jika dengan susun atur serta perabut yang betul sudah pasti dapat mehasilkan ruang tamu yang luas dan lapang serta lebih menarik. Tapi hanya dengan susun atur yang betul, salah penyusunan ruang perabut lain jadinya yang akan terhasil di ruang tamu rumah anda.

Jikalau sesiapa yang lebih berminat dengan warna warna neutral anda boleh memilih warna putih , beige ataupun krim. Kerana warna warna ini akan membuatkan ruang tamu rumah anda kelihatan lebih tenang tanpa warna yang meyakitkan mata anda.

Hiasan untuk ruang tamu rumah anda boleh memilih untuk konsep moden, minimalis, tradisional, semula jadi ataupun kontemporari. Tapi jangan campurkan konsep tersebut kerana ia akan kelihatan pelik.

Untuk pemilihan perabot pulak anda perlu memilih perabot yang bersesuain dengan keluasan ruang tamu rumah anda. Jangan memilih perabot yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan ruang tamu rumah anda kelihatan lagi sempit dan kecil . Untuk memilih perabot pastikan juga jenis kualiti kayu perabot itu. Jangan membeli perabot yang dibuat daripada habuk kayu. Perabot yang berkaki adalah lebih baik kerana ia akan menyenangkan sesi mengemas anda di ruang tamu rumah anda. Serta lebih menyenangkan untuk pengalihan perabot.

Dalam kegawatan ekonomi sekarang, untuk membeli perabot anda boleh membeli di Lazada. Kerana tidak dinafikan Lazada adalah tempat yang sangat bagus untuk membeli perabut rumah kerana harganya berbaloi serta kualiti yang bagus. Boleh tengok pilihan perabot yang ada di SINI.

Contoh susunan juga anda boleh dapati daripada majalah majalah ataupun di ikea. Kerana ikea juga adalah sebuah pakar hiasan dalaman. Selain cat cat yang bewarna anda juga boleh membua hiasan di ruang tamu anda dengan mengunakan “ wallpaper” kerana pada masa kini “ wallpaper” adalah hiasan dalaman yang semakin terkenal die merata dunia. Kerana dengan “wallpaper” ini akan membuat ruang tamu rumah kita kelihatan lebih mewah. Tapi pastikan corak yang anda pilih untuk “wallpaper” ruang tamu rumah anda adalah yang betul dan bukan yang akan membuatkan rumah anda kelihatan pelik.

Kain Langsir Rumah Murah & Berkualiti – Wajib Untuk Hiasan Dalaman

Siapa yang tidak mahu rumah yang cantik dan kemas. Rumah yang kemas melambangkan kekemasan serta keanggunan hiasan dalaman dan menjadikan ianya selesa bukan sahaja kepada tetamu yang datang, juga kepada pemilik rumah tersebut. Memang banyak faktor hiasan dalaman yang perlu diambil kira antaranya adalah hiasan perabot, katil, warna cat dinding, langsir dan lain-lain lagi. Kali ini, kami ingin memberikan fokus kepada langsir yang merupakan antara elemen penting dalam hiasan sesebuah rumah.

Kain langsir rumah murah dan pada masa yang sama memberikan impak yang positif kepada rumah adalah idaman semua. Ianya simple tetapi memberikan impak yang positif dalam hiasan rumah anda. Kali ini, kami akan berikan tips-tipa penting terutama bagi membolehkan hiasan rumah anda nampak menyerlah degan bajet yang kecil. Dari situ, barulah berbaloi untuk anda mengeluarkan bajet dan pada masa yang sama, mendapat ketenangan jiwa menguruskan rumah.

Pilihan Langsir Berkualiti

Sekarang ini trend pasaran sudah ke arah pembelian secara online. Daripada barangan yang mudah alatan gadjet, kepada barangan yang besar seperti peti ais pun sudah ramai yang melakukan secara online. Ianya adalah pilihan yang baik kepada anda yang mahukan akses kepada barangan pada harga murah dan mengekalkan kualiti yang sedia ada.

Langsir adalah antara barangan yang anda boleh dapatkan secara online juga pada harga yang anda mahukan. Sekarang ini sudah ramai yang mendapatkan barangan secara online kerana harganya yang murah dan menjimatkan masa. Kenapa jimat masa? Anda beli secara online, pilih yang mana yang anda mahukan dan terus sampai ke rumah. Kan jimat masa di situ!

Untuk langsir, tidak dinafikan yang memang ada banyak pilihan yang bagus-bagus yang terdapat di Lazada. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, berikut adalah antara pilihan yang ada bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan;

1 Kedai Langsir Online Murah – KLIK Untuk harga dan speasifikasi

2 Pilihan Terkini di Lazada – KLIK Untuk Info Lanjut

Memang banyak pilihan yang ada termasuklah aksesori barangan lain. Selain daripada langsir, bidai tingkap pun anda boleh dapatkan pada harga yang anda mahukan juga berdasarkan kepada design yang anda mahu. Semuanya jadi mudah dan murah kerana, anda hanya membeli secara online dan barangan terus sampai ke rumah anda.

Tips Pilih Langsir – Warna Kontra dan Tidak Semak

Pemilihan warna tema merupakan perkara yang sangat penting dalam pemilihan langsir yang berkualiti. Tema yang sesuai dengan corak langsir yang kena dengan tema memang akan menaikkan seri rumah anda. Lagipun ada bermacam corak yang anda boleh pilh yang ada di Lazada ini dan corak yang betul memang akan menampakkan rumah anda dan selesa untuk didiami.

>>Nak Belajar Lebih Lanjut Untuk Hiasan Dalam – KLIK SINI<<

Penuhi Diri Dengan Ilmu Hiasan Dalaman

Hiasan dalaman memerlukan teknik dan ianya bukanlah sesuatu yang common sense. Susunan, warna tema dan lain-lain ini menyebabkan ianya penting. Salah susun, memang buat rumah nampak serabut dan tidak tersusun. Kalau ada ilmu hiasan ini, perabut yang murah dan simple pun, asalkan kena dengan teknik dan ilmu akan membuatkan rumah anda nampak kemas dan cantik. Sekarang ini ramai yang sudah pergi ke susunan yang minimalist. Ringkas, kosong dan cantik, jadi, tidak perlukan perabut yang terlalu banyak dan hanya dengan beberapa perabut sahaja, dah membuatkan rumah nampak kemas dan cantik.

Elemen pencahayaan pun penting dalam susunan rumah. Pencahayaan yang betul dan susunan yang ringkas memang boleh membuatkan rumah anda nampak simple dan pada masa yang sama menarik. Barulah boleh bertenang-tenang dalam rumah sendiri.