Skip to main content

5 Persiapan Sebelum Kahwin Bagi Perempuan – No 2 Sangat Penting

“Saya akan berkahwin…” amat mudah dilafaz tetapi tidak semudah ABC untuk memahami makna sebuah perkahwinan. Anak-anak muda sekarang belum habis SPM sudah sibuk merancang nak kahwin. Oleh sebab itu, kahwin ni perlukan perancangan dan persiapan. Apabila sebut sahaja persiapan, orang akan bayangkan katering, khemah, “goodies”, baju, dan sebagainya yang kebanyakannya bersifat material sahaja. Bakal pengantin lelaki pula akan sibuk bekerja mencari duit hantaran. Ada yang 10,000, 15,000, dan tak kurang berpuluhan ribu. Semuanya bergantung pada kemampuan dan niat masing-masing.

Pada masa yang sama, pengantin perempuan juga perlu membuat persiapan sebelum kahwin. Antara persiapan yang perlu dilakukan sebelum kahwin bagi perempuan ialah menambah ilmu agama dan ilmu perkahwinan. Ilmu agama dan perkahwinan amat penting dan menjadi sumber kebahagiaan sebuah rumahtangga. Hal ini kerana kebahagiaan takkan mampu dicapai hanya bergantung pada cinta antara manusia semata-mata melainkan cinta itu disandarkan pada Allah swt.

Apa Persiapan Yang Penting – Tengok Tips Ini

#1 Bagi seorang wanita, anda boleh membaca buku-buku tentang wanita solehah, ibu mithali, dan sebagainya. Sebagai contoh buku Bercinta hingga ke Syurga tulisan Nik Raihan, Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal dan Pedoman Mendidik Anak-anak dalam Islam hasil karangan Nasikh Ulwan. Selain itu, banyak juga ceramah-ceramah agama tentang ragam perkahwinan di You Tube seperti ceramah Ustazah Norhafizah Musa , Syamsul Debat, dan Ustaz Kazim. Hal ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan tetapi juga membetulkan niat perkahwinan kita.

#2 Persiapan kedua iaitu mengambil tahu tentang tahap kesihatan diri dan tips-tips kesihatan diri. Ramai dalam kalangan wanita yang kurang mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri terutamanya tentang kesihatan reproduktif. Wanita perlu ambil tahu tentang kitaran haid dan waktu subur anda. Adakah normal atau sebaliknya? Sekiranya anda menghidap keputihan atau sebarang masalah, sebaiknya merujuk doktor lebih awal supaya anda tidak terlewat menyelesaikan masalah kesihatan diri sebelum menempuh suasana yang baru. Sebahagian wanita sudah mula mengambil folic acid beberapa bulan sebelum perkahwinan kerana keinginan untuk mempunyai anak dengan cepat. Folic Acid boleh membantu menguatkan rahim disamping memudahkan mengandung. Wanita juga boleh mengamalkan beberapa amalan tradisional untuk kesihatan dalaman seperti habbatussauda’, kurma, minyak kelapa dara, minyak zaitun, dan madu supaya kekal sihat dan awet muda walaupun sudah berumahtangga.

#3 Seterusnya, para wanita perlu peka dengan berat badan sendiri. Kadangkala, waktu hampir-hampir majlis perkahwinan, berat badan semakin naik. Hal ini akan menyebabkan berat badan tersebut akan terus menaik kerana kebiasaannya selepas perkahwinan, hormon antara lelaki dan perempuan akan berubah dan mengambil masa untuk serasi. Begitu juga dengan rutin harian seperti waktu dan kuantiti makanan berubah. Tidak hairan lah kalau ramai para isteri merungut kenaikan berat badan selepas berkahwin. Oleh sebab itu, wanita perlu kekal menjaga kecantikan diri dengan bersenam dan mengambil pemakanan yang seimbang. Suami anda mempunyai hak untuk melihat anda sentiasa kelihatan cantik dan menawan.

#4 Selain itu, para anak dara perlu belajar menguruskan diri sendiri seperti memasak, mengemas, membasuh baju, menjahit dan sebagainya. Sekurang-kurangnya anda mampu memikat perut suami anda. Pasti kasihnya hanya tertumpah untuk anda dan keluarga tersayang. Anda boleh belajar memasak makanan kegemaran bakal suami atau keluarga mentua. Lebih-lebih lagi yang berlainan budaya seperti yang berasal dari utara dan pantai timur. Menjahit pula, kalau pun tak pandai nak jahit baju kurung atau baju Melayu, sekurang-kurangnya pandai nak jahit baju yang terkoyak. Kemahiran-kemahiran ini amat penting supaya rumahtangga menjadi mudah dan terurus.

#5 Persiapan lain seperti membantu mencari sumber kewangan. Kebiasaanya orang perempuan berfikiran, tanggungjawab mencari duit untuk kahwin ini adalah tanggungjawab lelaki. Namun, pada hakikatnya perempuan boleh turut serta bersama-sama sekiranya berkemampuan. Sekurang-kurangnya boleh bantu meringankan beban ayahanda dan keluarga. Keadaan ekonomi yang serba kekurangan zaman ini, susah sekiranya orang perempuan terlalu berkira dan memanjakan diri. Maka, bantu lah bakal pasangan dan keluarga anda. Sesungguhnya saling memahami dan sanggup berkorban itu lah nilaian sebuah cinta sejati.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi para pembaca. Akhir sekali jangan lupa untuk membuat solat hajat bagi kaum muslimin agar segalanya dipermudahkan dan mendapat keberkatan hingga ke syurga. Tips-tips ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh kaum wanita yang sudah merancang mendirikan rumahtangga tetapi juga yang belum bertemu jodoh. Moga jika anda mempersiapkan diri anda, Tuhan akan hadirkan jejaka idaman buat anda.

6 Tips Bajet Kahwin 10k – No 1 & 2 Paling Penting!

Kahwin ini bukannya benda yang mudah dan boleh dipandang enteng. Antara perkara yang memeningkan untuk majlis perkahwinan adalah belanja dan hantaran yang perlu untuk dikenakan. Disebabkan sekarang ini pun, harga barangan yang dikenakan adalah tinggi, kenaikan harga barang lagi, bajet yang ada memang sangat perlu untuk anda gunakan.

Seteleh mencuba bermacam-macam cara, juga pengalaman daripada ramai orang, ini adalah cara terbaik dan praktikal untuk majlis perkahwinan dengan bajet RM10k. Ya, dengan RM10000 ini, anda sudah boleh menikahi pasangan yang anda inginkan, apapun, semua bergantung kepada masing-masing. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih rendah seperti RM5k, RM7k pun tidak mengapa kerana tips ini akan sangat membantu anda untuk berjimat.

Apa Yang Perlu Anda Tahu

Untuk majlis perkahwinan ini, selalunya yang akan tertekan adalah pihak lelaki. Saya memahami perasaan anda kerana anda memang kena mengeluarkan belanja yang besar. Silap-silap kena buat personal loan lagi untuk majlis perkahwinan anda. Jadi, kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting untuk buat majlis simple yang menelan belanja yang kecil kurang daripada 10K. Biarlah orang nak kata apa, asalkan majlis yang tidak membazir ini mendapat keberkatan daripada yang maha Esa. Kalau buat majlis besar-besar sampai kena buat personal loan tu, nanti bukannya pengkritik anda nak bayar semua tu. Buat simple dan pedulikan apa orang kata!

  • Hantaran : RM4k
  • Majlis Perkahwinan : Simple dan ajak rakan terdekat RM10 x 100 = RM1k
  • Sewa Khemah Dan Kerusi : RM800
  • Baju Pengantin dan Sampin : RM600 untuk 2 pasang baju
  • Kad Jemputan : 100 x RM1 = RM100
  • DoorGift : RM2 x 100 = RM200
  • Dulang Hantaran : Rm500

Jumlah Perbelanjaan = RM7200 Genapkan Jadi RM8k untuk kepeluan yang mendesak.

Hantaran

Ini yang anda perlu bincangkan dengan pihak bakal isteri kerana ianya yang menentukan bajet anda. Ada jenis keluarga perempuan yang memandang jumlah hantaran ini, ada yang tidak. Jumlah inilah yang menentukan sama ada perbelanjaan anda itu berbaloi ataupun sebaliknya. Sekarang ini RM10k ini adalah biasa, tetapi kalau boleh dirunding, cuba untuk runding dengan harga yang lebih murah lagi. Kalau bab hantaran ini anda tidak kisah, tak mengapa, apapun, benda yang masih boleh dirunding ini, cuba dulu runding sehingga dapat kata putus.

Jumlah hantaran akan menentukan jumlah bajet yang anda boleh keluarkan. Kalau hantaran tidak berapa besar, anda boleh salurkan bajet anda ke tempat lain. Ini khusus untuk lelaki sahaja. Kalau untuk perempuan, tips-tips lain di bawah akan membantu untuk berjimat.

Majlis Perkahwinan

Catering adalah antara item yang menelan belanja yang besar selepas hantaran. Kalau majlis yang simple tu, memang tidak akan menelan belanja yang besar. Kalau jemput ramai orang, tiada pilihan lain kerana anda memang kena keluarkan belanja yang besar. Kalau misalkata keluarga masih ingin mahukan majlis yang besar, cuba runding untuk anda dapatkan duit “salam keruk”. Perbelanjaan ini semua anda yang tanggung dan duit salam keruk itu pun anda cuba untuk dapatkan. Kalau dapat runding ini, tiada masalah untuk buat majlis yang besar sikit.

Kalau tak tu, buat yang simple pun tak apa. Jemput jiran dalam taman dan keluarga terdekat. Jemputan tak banyak, kos pun kurang.

Sewa Khemah Dan Kerusi

Ini anda boleh cuba deal dengan pemilik kanopi ataupun caterer biasanya akan mempunyai pakej ini. Cuba buat quotation untuk majlis anda dan lihat yang mana yang paling berbaloi berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Baju Pengantin dan Sampin

Nak lebih berbaloi, cuba dapatkan 1 jenis pakaian sahaja. Haha, kalau ada bajet lebih baru buat 2 jenis pakaian. Apapun masih terpulang kepada budi bicara anda dan yang mana yang paling berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

Dulang Hantaran

Bergantung kepada apa yang anda cari, boleh tengok SINI untuk tips hantaran yang murah dan bajet. Dari situ anda tahu yang mana yang bersesuaian dan juga tempat untuk anda mendapatkan barangan yang anda mahukan. Ada beberapa alternatif untuk mendapatkan pelbagai barangan ini di pasaran sekarang ini.

Doorgift Murah

Item lain adalah doorgift murah yang anda boleh dapatkan beberapa idea di SINI. Sekarang ini ada bermacam-macam doorgift yang anda boleh dapatkan pada harga yang murah. Dari situ boleh lihat yang mana yang berbaloi dengan anda.

Inilah antara beberapa tips untuk dapatkan bajet kahwin RM10k dan ke bawah. Memang ada beberapa item yang saya highlightkan untuk kurangkan bajet anda. Apapun, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan bajet yang anda inginkan. Appaun, boleh fikir dulu yang mana yang bersesuaian dengan anda.

5 Cenderahati Perkahwinan Murah dan Cantik – No 2 Paling Menarik

Saban hari memang ada ramai yang akan berkahwin dengan pasangan masing-masing. Untuk itu, memang anda perlukan cenderahati perkahwinan murah dan cantik yang pada harga berpatutan dan berbaloi untuk anda berikan kepada pengunjung. Lagila sekarang ini dimasa banyak harga barang naik, kalau ada cenderahati yang murah itu, memang akan sangat membantu.

Kalau sebut pasal perkahwinan, memang doorgift ini perlu dimasukkan ke dalam bajet anda selain daripada catering, pelamin dan lain-lain. Dari situ anda dapat tentukan sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya. Artikel kali ini, kami akan memberikan beberapa idea menarik berkenaan dengan pemilihan cenderahati dan di mana yang anda boleh pergi untuk dapatkan ia pada harga yang mampu beli.

Doorgift – Pastika Ia Sesuatu Yang Bermakna

Salah satu perkara yang penting adalah, anda kena pastikan yang ianya merupakan sesuatu yang bermakna. Maksudnya, pengguna akan menggunakannya dan tidak hanya disimpan dan lebih teruk lagi, ianya dibuang. Sekarang ini, antara doorgift yang saya terima jika ke majlis perkahwinan adalah barangan makanan seperti air kotak, kicap, serbuk makanan dan lain-lain lagi. Tiada masalah pun kalau anda ingin mengikut idea yang sama untuk doorgift anda dan pastikan ianya berbaloi.

Ideal Pemilihan

#1 Air Kotak

Mahu ataupun tidak yang air kotak adalah antara idea menarik yang anda boleh jadikan sebagai hadiah untuk perkahwinan anda. Sekarang ni pun sudah banyak yang menggunakan air kotak sebagai hadiah untuk perkahwinan mereka. Ianya tidak terlalu mahal dan yang penting tidak akan dibuang begitu sahaja. Kalau tak minum pun, pasti anak-anak orang yang datang akan meminumnya. Nak tengok apa pilhan yang ada untuk air kotak bagus boleh lihat di SINI.

#2 Milo

Milo pun antara item yang anda boleh fikirkan untuk diberikan sebagai satu hadiah kepada tetamu yang hadir ke majlis anda. Persoalannya Milo dalam bentuk apa? Kalau nak bagi paket memanglah mahal, tapi anda masih boleh fikirkan 3in1 Milo ataupun yang paling kami rekemen adalah energy Cube. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat SINI dan SINI. Cube ini menarik kerana harganya yang mampu beli dan boleh dikatakan antara yang terbaik yang ada di pasaran sekarang.

Lagipun, pengunjung yang datang tak akan membuang semua ini dan ianya masih boleh disimpan untuk satu jangka masa yang lama.

#3 Mug atau cawan

Ini pun antara pilihan hadiah yang menarik yang anda boleh berikan kepada tetamu anda. Ianya universal dan ditawarkan pada harga yang menarik dan mampu beli. Kalau nak berikan mug ini, janganlah berikan yang ada gambar muka anda atau apa, lebih baik berikan yang biasa-biasa sahaja. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di SINI.

#4 Towel

Kalau anda mempunyai bajet yang lebih, tidak salah kalau anda menggunakan tuala untuk diberikan kepada pengunjung. Mungkin bukan untuk semua orang, tetapi boleh sahaja kalau nak berikan kepada tetamu-tetamu VIP yang hadir. Sebagai contoh sebagai hadiah kepada keluarga pasangan anda. Sekarang pun ada banyak pilihan tuada yang anda untuk anda pilih dan kalau nak tengok antara pilihan terbaik yang ada adalah di SINI.

#5 Keychain

Keychain pun adalah antara item yang anda boleh fikirkan untuk doorgift yang bagus. Ada banyak pilihan sekarang berdasarkan kepada harga yang anda inginkan. Boleh lihat dan pilih dahulu untuk lihat yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. Info lanjut di SINI.

Barangan Perkahwinan

Selain daripada cenderahati perkahwinan yang murah, anda boleh mendapatkan juga barangan perkahwinan di Lazada pada harga yang berbaloi dan mampu beli. Memang ada banyak pilihan yang anda ada untuk anda pilih dan buatlah pilihan yang terbiak.