Skip to main content

5 Cara Menghalau Tikus – No 3 Paling Efektif

Antara perkara yang memeningkan kepada anda adalah kalau ada tikus yang beranak pinak di rumah! Ianya boleh menyebabkan kepada penyakit yang berbahaya seperti kencing tikus. Kalau ada satu atau dua tikus di rumah tu, kena cepat-cepat atasi takut-takut kalau dah makin lama anda biarkan, makin banyak pula tikus yang datang nanti. Bak kata pepatah;

“Api kecil jadi kawan, besar jadi lawan”

“Tikus sikit nampak comel, dah banyak penyakit pun datang”

Jadi, kalau anda mempunyai masalah tikus, jangan berlengah lagi dan lakukan beberapa countermeasure yang terbaik untuk mengelak daripada masalah ini berterusan. Ianya mengundang penyakit berbahaya kepada anda dan sekeluarga nanti. Artikel ini khsusu kepada anda untuk cara menghalau tikus dari rumah agar anda tidak mendapat penyakit yang berbahaya nanti.

Umpan Tikus Paling Berkesan

Salah satu cara untuk mengumpan tikus keluar dari rumah anda adalah dengan beberapa tips ini.

#1 Bela binatang peliharaan – terutamanya kucing

Tak mahu ada tikus, ini langkah paling mudah untuk anda gunakan. Nescaya masalah tikus boleh hilang kalau kena dengan caranya. Kucing memang suka makan tikus dan kalau anda bela kucing seekor didalam rumah, memang boleh kata rumah anda akan terhindar daripada masalah tikus. Kalau anda tidak suka kucing, memang tiada nak kata apa, tetapi kalau anda telah lakukan semua perkara dan tikus masih lagi bermaharajalela dan membiak di rumah anda, ini antara cara yang paling mudah di antara semua.

Kalau tidak mahu bela untuk jangka masa yang lama, bela dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan kemudian boleh berikan kepada kawan-kawan anda yang merupakan pencinta haiwan tu. Masalah tikus selesai dan rumah anda bersih.

#2 Pasang Perangkap Tikus

Perangkap memang efektif, tapi kalau ikut pengalaman saya, untuk permulaan memang efektif. Apabila sampai satu masa, tikus dah pandai dan tahu ini adalah perangkap, memang susah nak tangkap nanti. Mungkin tikus pun mempunyai kepandaian sendiri dan tahu apa itu perangkap dan lain-lain. Untuk perangkap ini, kami galakkan untuk anda gunakan yang INI.

Selalunya, hanya seekor dan 2 ekor sahaja yang makan perangkap ini, selebihnya, tikus dah tak akan masuk ke perangkap ini lagi. Untuk seterusnya, boleh gunakan gam tikus INI dan tangkap tikus yang ada. Apapun, cara ini tidak akan menyelesaikan maslah kalau tikus sudah membiak dirumah anda, apapun, ini adalah antara langkah yang baik untuk anda gunakan.

#3 Tangkap dan Warnakan

Kami tidak pernah gunakan teknik ini, tetapi ianya ada dikongsikan di tempat-tempat lain. Tangkap tikus melalui cara no 2 dan kemudian, beli cat warna terang seperti pink striking ataupun hijau terang. Masukkan tikus yang anda tangkap tadi ke dalam cat tersebut dan biarkan sehingga kering. Dah kering lepaskan. Mengikut mereka yang sudah menggunakan teknik ini, tikus akan lari dan tikus-tikus yang pernah menjadi kawan tikus yang kena cat ini akan ketakutan dan terus tinggalkan rumah. Kalau anda nak cuba boleh cuba dan jangan lupa beritahu keputusan di ruangan komen di bawah. Ada banyak pembaca yang nak tahu tentang cerita ini.

#4 Gunakan Bau Bauan

Saya pernah gunakan serai dan pandan untuk menghalau tikus tetapi ianya tidak efektif dan tidak menyelesaikan masalah yang ada. Anda boleh cuba dan gunakan, tetapi, 3 cara yang kami berikan ini adalah antara yang terbaik untuk anda, terutamanya cara no 3. Kalau nak guna jugak, kami rekemen yang INI.

#5 Bersihkan Rumah

Ini adalah antara cara yang efektif lainnya iaitu bersihkan rumah dan buat cucian yang berkesan untuk mengelak daripada tikus yang masuk. Rumah yang bersih memang dapat elak daripada tikus yang datang.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk halau tikus. Jangan lupa juga amalkan doa untuk halau tikus dan binatang berjangkit lainnya di bawah. Kita hanya berusaha dan seterusnya adalah keputusan yang maha esa.

Elak Daripada Tikus Bersarang

Kalau misalkata rumah anda memang mempunyai banyak tikus, kami galakkan juga untuk anda tukar mesin basuh dan peti ais kepada jenis yang baru. Jenis yang lama memang mempunyai masalah untuk membolehkan tikus masuk dan bersarang di dalam tempat tersebut. Kalau ada beli model yang baru, memang tiada masalah. Untuk itu, kalau anda nak shopping beberapa pilihan mesin basuh boleh tengok di SINI. Kalau anda mahukan pilihan peti ais berkualti pula boleh tengok di SINI.