Skip to main content

6 Tips Bajet Kahwin 10k – No 1 & 2 Paling Penting!

Kahwin ini bukannya benda yang mudah dan boleh dipandang enteng. Antara perkara yang memeningkan untuk majlis perkahwinan adalah belanja dan hantaran yang perlu untuk dikenakan. Disebabkan sekarang ini pun, harga barangan yang dikenakan adalah tinggi, kenaikan harga barang lagi, bajet yang ada memang sangat perlu untuk anda gunakan.

Seteleh mencuba bermacam-macam cara, juga pengalaman daripada ramai orang, ini adalah cara terbaik dan praktikal untuk majlis perkahwinan dengan bajet RM10k. Ya, dengan RM10000 ini, anda sudah boleh menikahi pasangan yang anda inginkan, apapun, semua bergantung kepada masing-masing. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih rendah seperti RM5k, RM7k pun tidak mengapa kerana tips ini akan sangat membantu anda untuk berjimat.

Apa Yang Perlu Anda Tahu

Untuk majlis perkahwinan ini, selalunya yang akan tertekan adalah pihak lelaki. Saya memahami perasaan anda kerana anda memang kena mengeluarkan belanja yang besar. Silap-silap kena buat personal loan lagi untuk majlis perkahwinan anda. Jadi, kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting untuk buat majlis simple yang menelan belanja yang kecil kurang daripada 10K. Biarlah orang nak kata apa, asalkan majlis yang tidak membazir ini mendapat keberkatan daripada yang maha Esa. Kalau buat majlis besar-besar sampai kena buat personal loan tu, nanti bukannya pengkritik anda nak bayar semua tu. Buat simple dan pedulikan apa orang kata!

  • Hantaran : RM4k
  • Majlis Perkahwinan : Simple dan ajak rakan terdekat RM10 x 100 = RM1k
  • Sewa Khemah Dan Kerusi : RM800
  • Baju Pengantin dan Sampin : RM600 untuk 2 pasang baju
  • Kad Jemputan : 100 x RM1 = RM100
  • DoorGift : RM2 x 100 = RM200
  • Dulang Hantaran : Rm500

Jumlah Perbelanjaan = RM7200 Genapkan Jadi RM8k untuk kepeluan yang mendesak.

Hantaran

Ini yang anda perlu bincangkan dengan pihak bakal isteri kerana ianya yang menentukan bajet anda. Ada jenis keluarga perempuan yang memandang jumlah hantaran ini, ada yang tidak. Jumlah inilah yang menentukan sama ada perbelanjaan anda itu berbaloi ataupun sebaliknya. Sekarang ini RM10k ini adalah biasa, tetapi kalau boleh dirunding, cuba untuk runding dengan harga yang lebih murah lagi. Kalau bab hantaran ini anda tidak kisah, tak mengapa, apapun, benda yang masih boleh dirunding ini, cuba dulu runding sehingga dapat kata putus.

Jumlah hantaran akan menentukan jumlah bajet yang anda boleh keluarkan. Kalau hantaran tidak berapa besar, anda boleh salurkan bajet anda ke tempat lain. Ini khusus untuk lelaki sahaja. Kalau untuk perempuan, tips-tips lain di bawah akan membantu untuk berjimat.

Majlis Perkahwinan

Catering adalah antara item yang menelan belanja yang besar selepas hantaran. Kalau majlis yang simple tu, memang tidak akan menelan belanja yang besar. Kalau jemput ramai orang, tiada pilihan lain kerana anda memang kena keluarkan belanja yang besar. Kalau misalkata keluarga masih ingin mahukan majlis yang besar, cuba runding untuk anda dapatkan duit “salam keruk”. Perbelanjaan ini semua anda yang tanggung dan duit salam keruk itu pun anda cuba untuk dapatkan. Kalau dapat runding ini, tiada masalah untuk buat majlis yang besar sikit.

Kalau tak tu, buat yang simple pun tak apa. Jemput jiran dalam taman dan keluarga terdekat. Jemputan tak banyak, kos pun kurang.

Sewa Khemah Dan Kerusi

Ini anda boleh cuba deal dengan pemilik kanopi ataupun caterer biasanya akan mempunyai pakej ini. Cuba buat quotation untuk majlis anda dan lihat yang mana yang paling berbaloi berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Baju Pengantin dan Sampin

Nak lebih berbaloi, cuba dapatkan 1 jenis pakaian sahaja. Haha, kalau ada bajet lebih baru buat 2 jenis pakaian. Apapun masih terpulang kepada budi bicara anda dan yang mana yang paling berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

Dulang Hantaran

Bergantung kepada apa yang anda cari, boleh tengok SINI untuk tips hantaran yang murah dan bajet. Dari situ anda tahu yang mana yang bersesuaian dan juga tempat untuk anda mendapatkan barangan yang anda mahukan. Ada beberapa alternatif untuk mendapatkan pelbagai barangan ini di pasaran sekarang ini.

Doorgift Murah

Item lain adalah doorgift murah yang anda boleh dapatkan beberapa idea di SINI. Sekarang ini ada bermacam-macam doorgift yang anda boleh dapatkan pada harga yang murah. Dari situ boleh lihat yang mana yang berbaloi dengan anda.

Inilah antara beberapa tips untuk dapatkan bajet kahwin RM10k dan ke bawah. Memang ada beberapa item yang saya highlightkan untuk kurangkan bajet anda. Apapun, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan bajet yang anda inginkan. Appaun, boleh fikir dulu yang mana yang bersesuaian dengan anda.