Skip to main content

4 Tips Deko Ruang Tamu Rumah Teres

Sekali lagi dengan tips dekorasi rumah untuk kediaman anda, sebelum ini kami ada ceritakan berkenaan dengan tips dan teknik untuk menghias rumah flat anda. Kali ini, tips lebih menarik adalah dengan menghias rumah teres kediaman anda terutama adalah bahagian ruang tamu. Hiasan yang ringkas dan menarik memang akan menaikkan mood dalam rumah anda sekaligus membolehkan anda untuk berada lebih lama di dalam rumah anda.

Ada banyak pilihan rumah teres yang ada di pasaran buat masa ini, kami akan kongsikan beberapa tips penting untuk anda menghias ruang tamu kediaman anda. Yang penting pada harga dan bajet yang minima sekali. Sekarang ini pun, harga dan peralatan perabot dah mula mahal, amat sesuai kalau dapat minimakan bajet untuk kediaman anda.

Rumah Baru

Sekarang ini ramai pasangan yang baru berkahwin nak duduk rumah yang selesa dan selamat untuk didiami. Pilihan yang ada pun memang banyak untuk anda pilih. Bila dah beli rumah dan dapat rumah, seterusnya adalah kerja menghias rumah anda agar selesa dan menarik untuk tatapan anda sendiri.

Kalau rumah yang masih baru, lebih mudah kerana anda boleh terus dapatkan pilihan perabot baru yang ada di pasaran. Kami akan kongsikan beberapa tips penting untuk pemilihan perabot baru yang anda boleh pilih.

Perabut Ruang Tamu Rumah Teres

Ada 3 jenis perabot yang paling asas untuk rumah agar nampak menarik dan cantik. Pertama adalah TV dan set meja TV, ini adalah salah satu elemen penting untuk menghias rumah anda. Untuk pilihan TV, boleh tengok beberapa pilihan di sini. Ini untuk TV, kalau dah ada tak mengapa. Boleh pergi kepada item penting yang lain seperti perabot dan juga sofa.

Untuk ruang tamu, yang penting adalah sofa, meja dan TV, ini adalah item yang pentign sekali. Kalau nak beli, pastikan matching dengan tema rumah anda, kalau rumah anda mempunyai tema putih, beli perabot yang mempunyai warna putih. Boleh tengok pilihan terbaik perabot di sini.

Penting untuk anda menyusun perabot di rumah anda dengan tips dan teknik yang menarik. Antara tips yang ada adalah, jangan letak sofa ataupun meja rapat ke dinding. Ini akan membuatkan susunan perabot di rumah anda tidak nampak elegen dan tidak menarik. Kalau boleh cuba untuk letak tidak menghadap ke dinding. Ini adalah antara beberapa tips penting panduan Dekorasi ini. Boleh cuba dapatkan dan aplikasikan dalam kediaman anda.

Tema Warna Rumah Anda

Warna pun memainkan peranan yang penting dalam hiasan dalaman rumah. Tema warna yang menarik membolehkan anda untuk menaikkan seri rumah anda. Nak pilih tema warna rumah anda, pilih warna yang lembut. Nak yang neutral tu, warna putih adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda.

Warna lain, boleh pilih seperti warna hijau lembut, pitch atau lain-lain lagi. Yang mana yang sesuai, terpulang kepada anda.

Lighting Effect

Lampu pun memainkan peranan terutama di ruang tamu rumah anda. Yang penting sekali, kena dengan mentol dan tempat yang betul. Terutama untuk nampak lebih cantik dan menarik. Gunakan lampu untuk menampakkan kesan menarik rumah anda. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di SINI.

Hiasan Kecil dan Cantik

Jangan lupa hiasan yang kecil-kecil seperti ini. Ini akan menjadikan rumah anda nampak lebih menarik dan menyerlah. Hiasan dinding yang saya maksudkan ini memang akan menampakkan warna yang menarik dan cantik.

Boleh gunakan kesemua tips ini untuk menjadikan rumah anda menarik dan cantik.