Skip to main content

Tips Susun Atur dan Kemas Rumah

Antara cabaran yang sering dihadapi sekarang terutama oleh ibu dan bapa yang berkerjaya adalah masalah rumah bersepah. Kalau tak pun masalah rumah kecil dan tidak cukup barang untuk menyimpan dan menjadikan rumah bertambah sepah. Artikel kali ini, kami terpanggil untuk berikan beberapa tips penting dan menarik untuk menyusun barangan dalam rumah anda. Kalau anda amalkan tips susun dan kemas rumah ini, memang tiada masalah untuk dapatkan rumah yang cantik dan kemas sentiasa.

Cara Kemas Dan Tersusun Di Dalam Rumah

Pelaburan beberapa ringgit sahaja sudah boleh menjadikan rumah anda kembali kemas dan cantik. Ianya tidaklah terlalu mahal, tetapi memang membantu anda untuk mengelak rumah anda dari berselerak.

#1 Kemas Dan Lipat Baju

Antara masalah adalah apabila ibu dan bapa bekerja, memang tiada masa untuk melipat baju. Bila baju dah bertimbun, barulah ada inisiatif untuk melipat semua baju-baju ini. Kalau dah bertumbun baju yang belum dilipat ini, memanglah tidak sedap dipandang mata. Jadi, kalau anda mempunyai masalah ini, kami rekemen untuk anda gunakan tips ini. Beli beberapa bakul pakaian dan khaskan seorang satu untuk bakul tersebut.

Kalau dalam keluarga anda ada 4 orang, dapatkan 4 bakul baju, asingkan baju yang telah kering ke dalam 4 bakul tersebut dan kemas kemudian. Dengan ini, barulah tidak terlalu sakit mata sampai susah nak cari baju yang ingin dipakai. Untuk bakul apa yang nak digunakan, kami paling rekemen untuk anda dapatkan ini di pasaran.

Boleh tengok pilihan bakul berkualiti di SINI

#2 Penyangkut dan Tempat Khas Simpan Kunci

Penting untuk anda gunakan tempat simpan khas kunci terutama apabila asyik hilang sahaja kunci yang anda gunakan. Juga alatan khas untuk menyangkutkan dompet, payung dan lain-lain. Ini adalah antara beberapa penyangkut yang kami rekemen untuk anda cuba dapatkan di pasaran sekarang. Boleh tengok apa pilihan terbaik untuk alat menggantung dan menyimpan kunci di SINI.

#3 Tempat Khas Gantung Baju dan Pakaian Solat

Nampak mudah, tetapi memang anda perlukan satu tempat khas untuk menggantung pakaian khususnya baju yang anda ingin pakai lagi dan juga untuk meletakkan pakaian solat dan sejadah. Tempat ini juga mempunyai banyak kegunaan dan kami rekemen anda untuk cuba dapatkan satu dipasaran. Kalau tak tahu nak letak tudung di mana, boleh letakkan di sini. Anda boleh lihat sini untuk beberapa pilihan tempat menggantung baju dan tempat jemur kain berkualiti dan murah.

#4 Hanger Untuk Gantung Baju dan Tudung

Hanger ini, selain daripada untuk anda gunakan sebagai tempat menggantung baju, memang tak salah kalau anda gunakan untuk menggantung tudung yang anda telah beli. Lebih mudah menggantung tudung di sini kerana mempunyai banyak kompartment yang anda boleh manfaatkan sepenuhnya.

#5 Manfaatkan ruangan bawah sinki anda

Memang satu ruangan yang sering terlepas pandang adalah ruangan bawah sinki. Anda boleh manfaatkan ruangan di sini dengan meletakkan perabut ataupun alatan yang membolehkan anda menyusun barangan di sini. Rak kecil seperti ini adalah antara pilihan yang kami rekemen untuk anda fikirkan untuk diletak di bawah singki rumah anda. Memang antara pilihan yang baik untuk anda fikirkan. Boleh tengok pilihan drawer atau alat penyimpan berkualiti di SINI.

#6 Alat Tulis Bersepah

Memang kena ada alat yang khusus untuk kemas alat tulis anda. Kalau perlukan pencil case, memang banyak pilihan yang anda boleh dapatkan, tetapi, nak lebih mudah, cuba gunakan cawan-cawan terpakai yang terdapat di rumah anda. Ianya lebih menjimatkan dan mudah digunakan. Kalau tak, boleh tengok apa pilihan berkualiti yang ada di SINI.

#7 Manfaatkan Ruangan Dinding

Kalau ruangan di dinding anda masih lagi kosong, boleh manfaatkan sebaiknya dengan meletakkan alatan penggantung seperti ini. Ianya memang memudahkan anda untuk meletak pelbagai barangan dan menjimatkan ruangan yang ada.

Kalau anda mempunyai alatan yang besar seperti peti ais, mesin basuh dan lain-lain tu, kena pandai susun semua barangan ini agar membuatkan rumah anda tidak terlalu sesak. Semuanya penting untuk menjadikan rumah anda lebih kemas berbanding dengan sebelumnya.

Inilah serba sedikit tips untuk kemas rumah dan susun rumah supaya tidak pening dikemudian hari. Harap anda boleh manfaatkan tips ini dan gunakan sebaiknya. Terutama untuk mengelak rumah anda terlalu sesak dan nampak lebih kemas.