Skip to main content

5 Doorgift Untuk Tetamu Kreatif dan Murah – No 2 Paling Win

Sekarnag ini, hampir setiap majlis memerlukan doorgift untuk tetamu. Kalau kenduri kahwin tu, memang doorgift ini adalah budaya yang wajib untuk ada dan tak lengkap kalau tiada cenderahati ini semasa majlis perkahwinan. Sekarang ini, majlis pertunangan yang besar-besar memang akan ada doorgift ini untuk tetamu.

Sekarang ini tidak hanya untuk majlis-majlis seperti di atas, majlis seperti akikah dan lain-lain pun sudah ada cenderahati yang tersendiri. Majlis doa selamat pun sudah ada alatan untuk doorgift tersendiri. Kali ini, kami akan memberikan beberapa idea menarik berkenaan dengan doorgift ini yang anda boleh dapat pada harga yang murah dan mampu beli. Dari situ, anda boleh mendapatkan yang termurah berdasarkan kepada bajet dan apa yang anda mahukan.

Pilihan Murah Untuk Anda

Yang penting adalah idea, kalau tetamu sikit, mungkin anda boleh mempunyai bajet yang lebih besar. Kalau tetamu ramai, boleh kenakan bajet yang lebih kecil sedikit. Kalau misalkata bajet anda adalah RM2 untuk setiap bungkusan, kalau ada 1000 bungkusan, kan dah RM2k yang anda kena keluarkan. Kalau jemputan lebih kurang 100 orang sahaja, mungkin ada boleh berikan bajet yang lebih besar lagi. Paling penting adalah untuk anda tentukan sendiri berapa bajet yang anda boleh keluarkan untuk tetamu yang datang.

Sekarang ini sudah mudah, kalau dahulu, cara untuk mendapatkan barangan ini adalah dengan survey banyak kedai-kedai yang ada berdekatan dengan rumah anda. Sekarang ini sudah mudah kerana anda boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti ini pada harga yang terbaik secara online sahaja. Ya, secara online dan anda boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan dan terbaik.

Memperkenalkan Platform Online Untuk Membeli Barangan

Antara platform online yang terbaik untuk membeli pelbagai barangan adalah Lazada kerana ianya lebih komprehensif dan mudah untuk diguakan. Pilihan yang ada pun banyak, kami lebih gemar membeli secara online sahaja kerana barangan yang dibeli tersebut akan terus sampai ke rumah dengan cepat dan pantas. Memang berbaloi untuk anda gunakan.

Untuk memudahkan anda, berikut adalah beberapa idea yang menarik yang anda boleh berikan kepada tetamu anda. Kami menggalakkan anda belikan makanan kerana mudah dan murah serta ada yang akan memakannya.

#1 Air Kotak Murah

Air kotak murah memang anda boleh dapatkan di Lazada. Tengok air kotak Vico ini DI SINI. Ianya ditawarkan pada harga yang murah dan berbaloi, anda boleh dapatkan di atas. Boleh masuk dalam bajet anda untuk pelbagai barangan ini.

#2 3 in 1

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai jenis minuman 3 in 1 yang terdapat di lazada. Daripada Milo kepada Coffee dan Nescafe, semua anda boleh dapatkan pada harga yang terbaik dan mampu beli. Tiada masalah untuk anda berikan minuman 3 in 1 ini seperti yang kami senaraikan di atas, malahan, barangan yang seperti ini akan sentiasa diminum oleh ramai orang. Boleh tengok di SINI.

#3 Mug

Ini adalah antara item yang biasa untuk anda berikan kepada tetamu yang datang terutama kalau anda inginkan sesuatu yang anda boleh berikan. Ikut kepada bajet anda dan kalau nak tahu berapa harga barangan seperti ini, anda boleh tengok beberapa pilihan harga di SINI.

#4 Tuala

Anda pun boleh berikan tuala sebagai barangan untuk tetamu. Tengok pilhan harga di SINI.

#5 Keychain

Ini adalah antara idea yang paling simple dan murah. Nak berikan sesuatu yang bermakna, boleh berikan jenis yang ini. Tengok pilihan DI SINI.

Ini adalah antara beberapa idea simple dan murah yang anda boleh berikan. Kalau anda ada bajet yang lebih besar, boleh tengok sendiri barangan yang ada di lazada untuk anda pilih berdasarksan kepada bajet anda. Yang penting, anda puas hati dengan barangan yang anda ingin berikan.