Tips Untuk Resepi Waffle Mudah 5 Minit

Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk dapatkan resepi waffle mudah untuk dimasak. Waffle bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, malah, orang dewasa juga turut menjadi penggemar makanan ini. Kepada penggemar makanan ini, kalau nak beli di kedai sentiasa sangatlah mahal, jadi lebih mudah kalau dapat buat sendiri dan masak di rumah. Ianya lebih puas hati dan menjimatkan. Lagi satu, kadangkala, yang dimasak di rumah jauh lebih sedap berbanding dengan kalau anda beli di kedai.

Jadi, pada kali ini, saya terpanggil untuk memberikan beberapa perkara penting berkenaan dengan cara membuat waffle terbaik. Resepi terbaik untuk membuat makanan ini, juga peralatan yang anda perlu ada. Kalau ada kesemua ini, insyaAllah tidak susah dan lebih mudah untuk anda membuat makanan jenis ini.

waffle-maker-terbaik

Barangan Yang diperlukan untuk membuat Waffle

Tak banyak pun barangan yang diperlukan untuk membuat makanan ini. Ya, memang tak banyak dan yang paling penting sekali adalah, ada beberapa barangan yang memang diperlukan untuk memudahkan anda untuk membuat waffle yang sedap dan rangup. Berikut adalah antara beberapa barangan yang saya maksudkan;

Kalau nak buat yang rangup dan sedap, antara yang perlu ada adalah waffle-maker. Sekarang ini ada banyak pilihan waffle-maker di pasaran dan yang paling saya rekemen ada 2. Yang pertama adalah jenama Takada INI. Ianya untuk mereka yang ingin mendapatkan yang bersaiz kecil dan comel. Yang kedua adalah jenama Belgian INI. Saiznya lebih besar. Kedua-dua waffle ini adalah antara jenama yang paling laris di Lazada dan dengan harga yang berpatutan. Cuma, perlu diingat yang ini hanya untuk kegunaan rumah, kalau anda nak buat untuk tujuan perniagaan, saya sarankan anda cari alatan yang lebih mahal dan lebih sesuai.

Kedua adalah peralatan lain iaitu mixer INI. Mixer ini tidaklah terlalu penting, anda masih boleh cuba untuk gaul sendiri resepi yang anda buat tersebut. Berbanding dengan waffle-maker yang saya rekemen di atas, mixer ini adalah item yang sederhana penting.

Inilah 2 barangan yang saya rasakan penting terutama kalau anda inginkan resepi yang rangup dan sedap. Dengan adanya dua barang ini, akan lebih mempercepatkan langkah-langkah untuk membuat resepi yang sedap tersebut.

Bahan-bahan

Bila dah ada barangan yang penting, kenalah ada juga barangan memasak yang lain. Ini adalah antara barangan lain yang anda perlu ada untuk membuat wafle yang sedap dan rangup.

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering
1 cawan susu segar (paling menjadi dengan susu HL)
½ garam
3 sudu mentega

Cara-cara membuat

Cara untuk membuat resepi yang mudah dan rangup memang tidak susah. Yang lebih penting adalah, waffle yang anda buat tersebut sangat sedap dan terbaik. Lagipun anda masih boleh cuba sampailah anda dapatkan cara yang paling sesuai yang anda mahukan.

Berikut adalah antara beberapa resepi yang terbaik dan mudah yang ada;

  • Step by step untuk buat resepi yang rangup ini mudah dan tidak susah. Yang pertama sekali adalah, campurkan tepung gandum, yis, gula, mentega, telur dan garam dan gaulkan secara rata. Anda boleh gaulkan secara rata, kalau tidak pun, gunakan mixer adalah lebih digalakkan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan terbaik. Kemudian tambahkan air panas sedikit demi sedikit agar campuran tidak terlalu cair.
  • Kena pastikan yang waffle-maker benar-benar panas sebelum masukkan adunan yang telah dicampur tadi. Yang paling penting pada masa ini memang kena masukkan dengan penuh kasih sayang dan lemah gemalai, bila buat macam ni lebih mudah ianya masak.
  • Bila dah mula masukkan tu, saya sarankann korang masukkan dari tengah, biar sekata adunan ni. Bila dah masukkan tu, panaskan selama lebih kurang 10 minit. Dinasihatkan, bila dah 5 minit panaskan tu, mulalah tengok-tengok yang dah dimasak ini. Takut nanti daripada rangup terus hangus.
  • Bila waffle dah bertukar warna kepada warna kelabu gold, bolehlah angkat dan mula makan. Maksudnya dah masaklah yang kita buat ni.
  • Akhir sekali, untuk menampakan ianya ni sedap dan cantik, bolehlah letak jem strawberi, coklat peanut butter dan lain-lain. Mana tau resepi yang korang nak buat ni boleh lawan resepi kat daily fresh tu. Sedap memang sedap, tetapi terbaik.

Cukuplah setakat ini tips dan cara memasak waffle rangup yang terbaik dan murah. Yang penting adalah kena ada peralatan yang betul untuk memasak. Terutama adalah acuan untuk peralatan ini. Kalau tak ada maker pun boleh, tapi susah sikit proses memasak tu. Lagipun, banyak pilihan yang murah-murah kalau anda cari di Lazada.

Leave a Reply